Semakan Pos Laju Tracking Number Online (Shipping Rate)

Semakan Pos Laju Tracking Number Online (Shipping Rate). Nak semak tracking number Pos Laju Malaysia? Panduan buat pengguna yang menggunakan Pos Laju Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan penghantaran barang ke rumah anda. Untuk makluman, Pos Laju merupakan salah satu syarikat kurier terkemuka dan mempunyai liputan rangkaian terluas di Malaysia. Kini, pengguna boleh check tracking nombor Pos Laju Malaysia secara online menerusi laman web https://tracking.pos.com.my.

Semakan Pos Laju Tracking Number Online (Shipping Rate)

Semakan Pos Laju Tracking Number Online (Shipping Rate)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tracking number Pos Laju Malaysia termasuk memaparkan kelebihan dan cara semak :

Kelebihan Guna Pos Laju Malaysia

a. Menyediakan penghantaran ekspres barangan anda dengan liputan jarak jauh terbesar di seluruh negara.

b. Pos Laju SendParcel platform penghantaran dalam talian di mana anda boleh membuat dan menguruskan penghantaran anda pada bila-bila masa.

c. Pos Laju menyediakan perkhidmatan pengambilan pada hari yang sama untuk pesanan yang dibuat dan dibayar sebelum jam 11:45 pagi.

d. Untuk penghantaran di bandar-bandar utama dalam Semenanjung Malaysia, biasanya mengambil masa 1-3 hari. Manakala, ia mengambil masa kira-kira 3-5 hari untuk penghantaran ke/dari Malaysia Timur (Sabah & Sarawak)

Artikel Berkaitan: Semakan Tracking SkyNet Malaysia Online

Cara Semak Tracking Pos Laju Malaysia Online

1. Untuk semak tracking Pos Laju boleh terus ke laman web https://tracking.pos.com.my/tracking

Semakan Pos Laju Tracking Number Online (Shipping Rate)

2. Masukkan nombor tracking anda ke ruangan disediakan.

3. Klik pada butang ‘TRACK’.

4. Keputusan status penghantaran akan dipaparkan terkini.

Soalan Lazim Tentang Pos Laju

1. Adakah saya perlu menggunakan flyer/kotak Pos Laju?

Anda boleh menggunakan mana-mana flyer/kotak untuk mengemas penghantaran anda. Sila pastikan semua pembungkusan adalah kukuh dan dibungkus dengan betul.

2. Bolehkah saya menguruskan penghantaran antarabangsa?

Dengan Pos Laju SendParcel, anda boleh membuat parcel ke mana-mana sahaja di negara ini dan di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan EMS dan AirParcel.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Customer Service Hotline di talian 1300 300 300.

BACA JUGA: Cara Semak Tracking GDEX Online

Leave a Reply