Semakan Tawaran Haji 2024/1445H Online THiJARI (Rayuan). Bilakah tarikh semakan daftar Haji 2024? Panduan buat rakyat Malaysia yang bakal menunaikan haji pada tahun 2024. Untuk makluman, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji Muassasah pada tahun 2023 meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan haji. Kos Haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun 2023 berbanding RM28,632 pada tahun lepas. Bagi jemaah haji boleh membuat semakan tawaran haji secara dalam talian (online) bermula pada 22 Mac 2023 menerusi portal Thijari.
Menurut kenyataan daripada Dato’ Sri Amrin, Tabung Haji akan mengeluarkan surat tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023. Bagi bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 7 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.
Semakan Tawaran Haji 2024/1445H Online THiJARI (Rayuan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan tawaran Haji termasuk memaparkan kriteria, jumlah bayaran dan cara semak:
Kriteria/ Syarat Pemilihan Haji 2023
Bagi pemilihan jemaah haji tahun 2023, Tabung Haji mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.
Jumlah Bayaran Menunaikan Haji 2023
Sebagai panduan berikut adalah bayaran Haji bagi tahun semasa/ musim Haji 1444H/2023M iaitu :
Cara Semak Tawaran Haji 2023/1444H Online
1. Untuk semakan haji, pendeposit perlu mendaftar akaun Thijari bagi pertama kali daftar menerusi laman web www.thijari.com.my.
2. Log masuk, pendeposit boleh semak tawaran tunai haji anda melalui portal tersebut.
Cara Permohonan Rayuan Haji 2023 Online
Bagi yang gagal tawaran, jemaah boleh membuat rayuan haji melalui aplikasi THiJARI bermula pada 27 Mac 2023 dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari ke laman web Tabung Haji atau hubungi di talian 03 62071919.
Sumber: TH