Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online. Nak semak penyata akaun SSPN-i Plus? Panduan buat anda yang telah membuka akaun SSPN-i Plus. Untuk makluman, kini anda boleh menyemak baki penyata akaun SSPN-i Plus secara online menerusi laman rasmi PTPTN. Dengan adanya sistem online, anda tak perlu lagi menyemak penyata di cawangan PTPTN.

Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Semakan Penyata Baki SSPN-i Plus Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semak baki penyata SSPN-i Plus termasuk memaparkan aplikasi semakan :

SSPN-i Plus merupakan satu skim yang dibangunkan oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. Ia menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan bergantung kepada pakej terpilih. 

Cara Semak Penyata Baki SSPN-i Plus

● Langkah Pertama : Layari ke laman web rasmi PTPTN dengan klik pautan seperti berikut ;

Aplikasi semakan : http://www.ptptn.gov.my/.

● Langkah Kedua : Pilih icon berwarna kuning ‘Semakan Penyata SSPN-i/ SSPN-i Plus’.

● Langkah Ketiga : Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit.

● Langkah Keempat : Pilih penyata sama ada Penyata Akaun SSPN-i atau Penyata Akaun SSPN-i Plus.

● Langkah Kelima : Sila daftar terlebih dahulu bagi pengguna baru sebelum boleh login masuk akaun. Kemudian dah daftar, login akaun anda.

● Langkah Keenam : Pilih ‘Penyata‘ atau ‘Penyata Hasil‘. Selesai boleh lihat penyata bulanan akaun SSPN-i Plus.

BACA JUGA : Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online & SMS

Semoga perkongsian ini memudahkan anda untuk menyemak baki akaun SSPN.

Leave a Reply

%d bloggers like this: