Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) & Program Pendidikan Khas 2024 Online. Nak mohon bantuan kewangan? Panduan buat orang kurang upaya yang melanjutkan pengajian di IPTA. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa kepada pelajar OKU untuk memohon Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) tahun 2023 bagi yang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik. Permohonan BKOKU dan Program Pendidikan Khas (PPK) boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 3 Februari 2023 melalui laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/bkoku.
Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) & Program Pendidikan Khas 2024 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Kewangan OKU dan Program Pendidikan Khas termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:
Tarikh permohonan: bermula 3 Februari 2023
Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya
Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya adalah seperti berikut:
a. Pelajar warganegara Malaysia.
b. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
c. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
d. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
e. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
f. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh tajaan ini adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi pengajian dan tidak melebihi tempoh maksimum penajaan seperti berikut :
i. Sijil – 2 Tahun (Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
ii. Diploma – 3 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM15,000.00)
iii. Sarjana Muda – 4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)
iv. Diploma Lepasan Ijazah – 2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
v. Sarjana – 2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
vi. PHD – 4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)
Cara Mohon Bantuan Kewangan OKU & Program Pendidikan Khas Online
Permohonan ini boleh dibuat bermula 3 Februari 2023 melalui laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/bkoku.
NOTA: Pembayaran hanya akan dibuat melalui akaun BANK ISLAM sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline Bahagian Biasiswa iaitu 03-88881616.