Syarat Kemasukan ILP 2019 Institut Latihan Perindustrian

Syarat Kemasukan ILP 2019 Institut Latihan Perindustrian. Adakah anda ingin membuat permohonan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di Institut Latihan Perindustrian. Untuk makluman, Institut Latihan Perindustrian (ILP) adalah salah satu institusi kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang menawarkan pelbagai latihan dan kursus-kursus dalam beberapa bidang antaranya iaitu elektrikal, pencetakan, jurugegas dan sebagainya.

Syarat Kemasukan ILP 2019 Institut Latihan Perindustrian

Syarat Kemasukan ILP 2019 Institut Latihan Perindustrian

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ILP terkini bagi pengambilan kemasukan sesi Januari dan Julai setiap tahun :

A. SYARAT UMUM

1. Calon adalah warganegara Malaysia.

2. Berumur antara 17 tahun hingga 35 tahun.

3. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak atau cacat fizikal.

B. SYARAT AKADEMIK 

1. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.

2. Bagi lepasan SPM hendaklah memenuhi syarat-syarat khas akademik seperti berikut di PANDUAN SYARAT KEMASUKAN LEPASAN SPM.

3. Bagi lepasan SKM/ ST hendaklah memenuhi syarat-syarat khas akademik seperti berikut di PANDUAN SYARAT KEMASUKAN LEPASAN SKM/ ST.

Semoga perkongsian tentang syarat kemasukan ILP dapat dijadikan rujukan buat calon yang ingin memasuki Institut Latihan Perindustrian. Selamat membuat permohonan kemasukan ke ILP ambilan 2019.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: