Permohonan ILP 2023 Online Institut Latihan Perindustrian

Permohonan ILP 2023 Online Institut Latihan Perindustrian. Berminat melanjutkan pengajian ke ILP? Panduan buat lepasan SPM dan SKM yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke ILP sesi Februari 2023 boleh dibuat secara online mulai 30 Oktober hingga 28 November 2022 di portal JTM. Institut Latihan Perindustrian adalah salah satu institusi daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain kemasukan JMTI dan ADTEC.

Permohonan ILP 2023 Online Institut Latihan Perindustrian

Institut Latihan Perindustrian menawarkan 2 peringkat pengajian kepada pelajar lepasan SPM/SPMV & setaraf untuk program peringkat Sijil dan Sijil  Lanjutan serta Diploma. Institusi ILP terdiri daripada 24 buah di seluruh Malaysia. Permohonan kemasukan ke ILP boleh dibuat permohonan bagi pengambilan sesi Januari/ Februari dan Julai setiap tahun.

Permohonan ILP 2023 Online Institut Latihan Perindustrian

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ILP termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Kemasukan ILJTM Sesi Februari 2023

  • Sistem Permohonan Online dibuka : 30 Oktober 2022
  • Sistem Permohonan Online ditutup : 28 November 2022
  • Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #) : akan dikemaskini
  • Sesi Temuduga (kursus bertanda #) : akan dikemaskini
  • Hebahan Keputusan Permohonan : akan dikemaskini
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Januari 2021 : akan dikemaskini

Syarat Kemasukan ILP 2023

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat-syarat kemasukan am dan akademik di Institut Latihan Perindustrian :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)
  3. Boleh membaca, menulis & mengira
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Cara Permohonan Kemasukan ILP Februari 2023 Online

  1. Permohonan kemasukan ke ILP boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.jtm.gov.my/2015v3/ bagi sesi Februari 2022. Manakala, kemasukan sesi Julai 2023 boleh dibuat menerusi permohonan UPUOnline.
  2. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan.
  3. Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi di :

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

BACA JUGA : 

Leave a Reply

%d bloggers like this: