Syarat Kemasukan IKBN/ IKTBN 2018 (ILKBS)

Syarat Kemasukan IKBN/ IKTBN 2018 (ILKBS) | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran? Panduan buat anda yang ingin memasuki Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) ambilan sesi 2018? Apakah syarat kelayakan IKBN dan IKTBN? Untuk makluman, permohonan kemasukan IKBN/ IKTBN boleh dikemukakan melalui Permohonan UPUOnline bagi sesi pengambilan Julai 2018. Manakala, bagi sesi Januari, permohonan perlu dibuat melalui Portal eKampus secara online.

Syarat Kemasukan IKBN/ IKTBN 2018 (ILKBS)

Sepertimana anda tahu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) adalah institusi latihan kemahiran di bawah Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Syarat Kemasukan IKBN/ IKTBN 2018 (ILKBS)

Berikut adalah maklumat tentang syarat kelayakan kemasukan ke ILKBS bagi tahun 2018 :

Syarat Kemasukan IKBN/ IKBTN (Syarat Am)

1. Warganegara Malaysia

2. Boleh membaca dan menulis

3. Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon

4. Belum berkahwin (bujang)

5. Sihat tubuh badan

6. Berkelulusan sekurang-kurangnya tamat pengajian SPM

7. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah dan belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)

8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan

9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya

10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan

Bidang Utama di IKBN/ IKBTN

Bidang-bidang utama yang ditawarkan di IKBN seperi berikut :

1. Teknologi Mekanikal

2. Teknologi Automotif

3. Teknologi Marin

4. Teknologi Hospitaliti

5. Teknologi Elektrik

6. Teknologi Elektronik

7. Teknologi Awam

8. Teknologi Tekstil

9. Teknologi Fotografi

10. Teknologi Sukan

11. Teknologi Maklumat

Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dari :

Bahagian Pembangunan Kemahiran,

Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,

Aras 3, Menara KBS,

No 27 Persiran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

E-mel : kemahiran.kbs.gov.my

No. Tel : 03-88713333

No. Faks : 03-88888785

BACA JUGA : Senarai IKBN dan Kursus Yang Ditawarkan

Semoga perkongsian ini tentang syarat kemasukan IKBN/ IKTBN dapat membantu anda untuk membuat Permohonan Kemasukan ke ILKBS.

Leave a Reply

%d bloggers like this: