Syarat Kemasukan UPNM 2023 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Asasi/Diploma/Ijazah)

Syarat Kemasukan UPNM 2023 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Asasi/Diploma/Ijazah). Berminat menyambung pengajian di UPNM? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STAM, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UPNM bagi program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk ambilan Februari 2023 boleh dibuat terus ke laman web UPNM.

Syarat Kemasukan UPNM 2022 (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan salah satu Universiti Awam di Malaysia yang terletak di Terengganu. Kampus utama UPNM terletak di Kem Bukit Besi, Kuala Lumpur. UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 untuk mengeluarkan graduan tentera dan awam bagi keperluan pertahanan dan keselamatan negara.

Syarat Kemasukan UPNM 2023 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Asasi/Diploma/Ijazah)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas bagi program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda:

Syarat Am Program Pengajian Bagi Kategori Lepasan SPM/STPM

Lepasan SPM

a. Warganegara Malaysia;

b. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.

Lepasan STPM

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

b. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang kurangnya: Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.

c. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

d. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 bagi setiap program yang dipohon manakala Band 3 bagi program Perubatan dan Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) sahaja dalam Malaysian University English Test (MUET).

Lepasan STAM

a. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira.

b. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2020 dan 2019.

c. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Matrikulasi

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.

b. Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

c. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 bagi setiap program yang dipohon manakala Band 3 bagi Program Perubatan dan Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) sahaja dalam Malaysian University English Test (MUET).

Lepasan Diploma

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

b. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program Bagi Lepasan SPM/ Setaraf

ASASI PERUBATAN

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Matematik/Matematik Tambahan dan mana-mana mata pelajaran yang lain
ii. Bagi calon Bakal Pegawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
iii. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa
iv. Lulus ujian dan temu duga.

ASASI PENGURUSAN DAN STRATEGI

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran seperti berikut Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan dan Geografi/Sejarah
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana satu (1) mata pelajaran selain
daripada mata pelajaran di atas.
iii. Bagi calon Bakal Pegawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia

ASASI KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Fizik/Sains Komputer/Sains
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana satu (1) mata pelajaran selain daripada mata pelajaran di atas.
iii. Bagi calon Bakal Pegawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
iv. Bagi calon Sarjana Muda Penerbangan (ZK61) selain memenuhi syarat-syarat di perenggan 3, calon MESTI LULUS;
a. Pemeriksaan Perubatan Anak Kapal (Air Crew Medical Checkup) DAN
b. Ujian Kecenderungan Penerbangan (Aptitude Test Flying)

Syarat Khas Program Bagi Lepasan Diploma

DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK

i.Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut iaitu Bahasa Melayu, Mathematics/Additional Mathematics, Geografi/Sejarah
ii. Mendapat sekurang-kurangnya LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Gred C dalam mana-mana dua (2) selain daripada mata pelajaran di atas.
iii. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah mempunyai sijil yang berkaitan atau syarat kemasukan khas iaitu di bawah
Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL)

Nota : Untuk dapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan sila ke laman https://www.upnm.edu.my/

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang kemasukan UPNM sila hubungi ;

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur, Malaysia.

No. Tel: 603-9051 3400
No. Fax: 603-9051 3028
Email: webmaster@upnm.edu.my

BACA JUGA : Permohonan UPNM (Program Asasi & Ijazah Sarjana Muda)

One Response

  1. Fatin Fatonah March 29, 2022

Leave a Reply

%d bloggers like this: