Permohonan UPNM 2020/2021 (Program Asasi & Ijazah Sarjana Muda)

Permohonan UPNM 2020/2021 (Program Asasi & Ijazah Sarjana Muda). Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ambilan 2020/2021. Untuk makluman menerusi portal UPNM, tawaran kemasukan ke UPNM bagi program pengajian Asasi dan Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2021 dijangka dibuka pada bulan Februari 2021. Pemohon boleh membuat permohonan kemasukan UPNM secara dalam talian (online) menerusi laman portal UPUOnline atau terus ke laman web UPNM.

Permohonan UPNM 2020/2021 (Program Asasi & Ijazah Sarjana Muda)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia  atau ringkasnya UPNM merupakan sebuah universiti yang bertujuan melahirkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai ijazah pertama. UPNM dibahagikan kepada 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia diberi elaun dan lain-lain bantuan seperti pakaian, makan dan minum. Untuk pelajar awam pula ditawarkan program pengajian di peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana.

Permohonan UPNM 2020/2021 (Program Asasi & Ijazah Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : akan dikemaskini

Program Yang Ditawarkan di UPNM

3 program di peringkat Asasi iaitu :

i. Asasi Perubatan
ii. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi
iii. Asasi Pengurusan dan Strategi

Terdapat beberapa program di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah :

i. Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (komunikasi)
v. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)
vi. Ijazah Sarjana Muda Penerbangan
vii. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim
viii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
ix. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
x. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
xi. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
xii. Ijazah Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data
xiii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi
xiv. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
xv. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
xvi. Ijazah Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam
xvii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan

Cara Mohon UPNM 2020/2021 Online

Calon perlu memohon melalui dalam talian sebaik sahaja permohonan dibuka
melalui UPUOnline dan meletakkan UPNM sebagai pilihan pertama. Fakulti akan membuat saringan data berdasarkan syarat kemasukan. Hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga.

Nota : Untuk dapatkan maklumat tentang syarat kemasukan program akademik di SINI.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi Perdana
57000 Kuala Lumpur
Telefon: 03-90513400
Faks: 03-90512657
Emel: akademik@upnm.edu.my
Web: www.upnm.edu.my

BACA JUGA : Senarai Universiti Awam di Malaysia 2020 (IPTA)

One Response

  1. siti amirah March 27, 2020

Leave a Reply