Tarikh Pembelian No Pin UPU 2023/2024 UA (Intake Baru)

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2023/2024 UA (Intake Baru). Bilakah tarikh pembelian Nombor Pin UPU 2023/2024 dibuka? Panduan buat lepasan SPM dan STPM yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Untuk makluman menerusi FB Kemasukan BPKP JPT, permohonan UPU sesi akademik 2023/2024 akan dibuka bermula pada 7 Februari sehingga 28 Mac 2024. Permohonan ini hanya melibatkan kemasukan ke Universiti Awam, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2023/2024 UA (Intake Baru)

Menerusi kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi pada 6 Februari 2023, telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2023/2024. Bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan No. Unik ID sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan ke IPTA. Melalui pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi 2023/2024 boleh dibuat terus di laman web upu.mohe.gov.my.

Tarikh Pembelian No Pin UPU 2023/2024 UA (Intake Baru)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh pembelian nombor Unik ID UPU termasuk memaparkan cara beli nombor pin UPU :

Syarat Kelayakan dan Program Ditawarkan UA

Semua program pengajian yang ditawarkan di IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2023/2024 boleh disemak dalam sistem e-Panduan https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/.

Dasar Dan Kriteria Pemilihan SPM

Antara dasar dan kriteria yang diperlukan dalam pemilihan SPM adalah seperti berikut :

1. Pencapaian akademik dalam peperiksaan.

2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.

3. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon.

4. Gred matapelajaran untuk tujuan pengkhususan.

5. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA.

6. Lulus temuduga atau ujian bagi program bertemuduga dan atau ujian.

7. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.

8. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA.

Cara Beli No Pin UPU 2023/2024

1. Pembelian secara individu boleh dibuat melalui kaunter di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pastikan pemohon membawa nombor kad pengenalan/ My Kad semasa pembelian No Unik ID.

2. Selain itu, pembelian No Unik ID melalui ATM dan Perbankan Internet pemohon atau ibu/bapa hendaklah memiliki Akaun GIRO BSN.

3. Pembelian nombor unik ID tidak perlu dibuat untuk sesi akademik 2023/2024.

Cara Permohonan UPU Kemasukan UA 2023/2024 Online

Bagi anda yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan UPU kemasukan ke IPTA dan ILKA melalui laman web https://upu.mohe.gov.my/

Sebarang pertanyaan lanjut tentang permohonan UPU, sila hubungi di talian :

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-8684 2363
Emel: upu@mohe.gov.my

Nak dapatkan info lebih tentang pendidikan boleh follow channel telegram https://t.me/upuonline_ipt

BACA JUGA : Permohonan UPUOnline Kemasukan UA 2023-2024

Leave a Reply

%d bloggers like this: