Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 PBAKL (Senarai Acara)

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 PBAKL (Senarai Acara). Anda penggemar membaca buku? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun 2023 dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL 2023 akan dijalankan bermula daripada 26 Mei hingga 4 Jun 2023 dan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Untuk PBAKL 2023, lebih daripada 100 pempamer dikalangan penerbit, pengedar dan kedai buku dalam dan luar negara antaranya iaitu IMAN Publication, PTS, Patriots, Fixi dan sebagainya termasuk 811 reurai akan disediakan.

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL)

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur termasuk memaparkan tarikh dan aktiviti menarik:

  • Tarikh: 26 Mei hingga 4 Jun 2023
  • Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Apa Itu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau ringkasnya PBAKL merupakan sebuah pesta buku tahunan yang dianjurkan di Malaysia. PBAKL adalah acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun. Ia mula dianjurkan secara rasmi sejak tahun 1981, dengan lokasi tertentu sehingga akhirnya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menjadi lokasi rasmi saban tahun. PBAKL dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan beberapa persatuan industri tempatan.

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL)

Senarai Aktiviti PBAKL 2023

Antara aktiviti yang dijalankan dalam PBAKL 2023 adalah pertunjukan buku, Mandiri Talk, Mandiri Network, Book Review dan Mandiri Klinik

A. ACARA PENTAS UTAMA PBAKL

Acara pentas utama terletak di aras 2, bersebelahan dengan kauter pendaftaran. Antara acara menarik yang berlangsung di pentas utama adalah majlis perasmian, majlis pelancaran buku dan sebagainya.

B. ACARA PENTAS REHAT & BACA

Ruang Rehat & Baca menyediakan ruang aktiviti untuk para penerbit, penulis swaterbit, penulis ilustrator, pelukis komik, editor dan ramai lagi penggiat industri buku untuk mengadakan aktiviti sampingan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung.

C. MANDIRI DI PBAKL

Ruang Mandiri PBAKL adalah ruang untuk penulis persendirian yang terbit buku sendiri, pembikin zine, illustrator, dan pengusaha buku foto. 30 reruai disediakan dengan beberapa nilai tambah khusus kepada pempamer mandiri. Antaranya Bicara Mandiri, Jaringan Mandiri, Resensi Buku dan Klinik Mandiri.

D. COSPLAY PBAKL

Cosplay @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (Cosplay@PBAKL) atau Cosplay di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bekerjasama dengan LOL Cosplay Malaysia untuk menjayakan acara cosplay ini di Dewan Tun Razak, WTCKL. ‘Cosplay Competition’ ini akan berlangsung pada 2 Jun hingga 4 Jun 2023. Makluman lanjut ke pautan https://klibf.my/v2/cosplay-pbakl/

Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari ke laman web https://klibf.my/v2/ atau hubungi di talian +603-8321 7011.

Leave a Reply