Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2020 (HLP) KPM

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2020 (HLP) KPM. Anda ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana dan PH.D? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tahun 2020. Untuk makluman, Kementerian Pendididkan Malaysia menawarkan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2020/2021. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM bermula 15 Januari sehingga 31 Januari 2020.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2020 (HLP) KPM

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian
tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan. Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2020 (HLP) KPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Hadiah Latihan Persekutuan termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 15 Januari – 31 Januari 2020

Syarat Kelayakan Hadiah Latihan Persekutuan

a. PPP hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.

b. PPP hendaklah warganegara Malaysia.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2020 (HLP) KPM

Cara Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Online

a. Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di
talian sepenuhnya di https://epenawaran.moe.gov.my/
atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

b. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga.

INFO : Untuk tatacara dan panduan permohonan yang LENGKAP perlu ke SINI.

NOTA :

i. Calon dipohon untuk MEMBACA dan MEMAHAMI PENGENALAN PROGRAM, SYARAT, SENARAI BIDANG PENGAJIAN dan TATACARA SEBELUM melengkapkan permohonan dalam talian (online).

ii. Calon perlu memastikan semua maklumat pada Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) TELAH DIKEMASKINI supaya data yang dipaparkan adalah tepat serta lengkap.

iii. Setiap calon layak mengemukakan SATU permohonan sahaja

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369
03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
Faks : 03-8870 6839
E-mel : hlp@moe.gov.my

Untuk masalah teknikal permohonan, sila hubungi :
No. Telefon : 03-8321 7147 / 03-8321 7034 03-8870 6317 / 03-8870 6319
E-mel : tm.bbp@moe.gov.my

Leave a Reply