Cara Daftar Dan Login EPSA 2024 Kursus Online KPM. Apa kursus EPSA? Panduan buat Pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia yang membuat pendaftaran EPSA tahun 2024. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu sistem online iaitu E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) kepada kakitangan kerajaan yang bertujuan pembelajaran dalam talian. Pengguna boleh mendaftar EPSA secara dalam talian (online) menerusi laman web www.epsa.gov.my.
Bagi penjawat awam terutamanya guru-guru boleh menggunakan Portal EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) bagi mendaftar kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM. E-Pembelajaran Sektor Awam atau ringkasnya dikenali sebagai EPSA merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat.
Cara Daftar Dan Login EPSA 2024 Kursus Online KPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang EPSA termasuk cara pendaftaran dan login :
Cara Daftar EPSA KPM Online
Pendaftaran Keahlian EPSA hanya sekali sahaja di sepanjang perkhidmatan. Untuk mendaftar keahlian pada sistem EPSA, pengguna perlu ikuti langkah-langkah di bawah ini.
1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi EPSA https://www.epsa.gov.my/.
2. Di bahagian atas kanan, terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English.
3. Bagi anda yang pilih Bahasa Melayu sila ke pautan ini https://www.epsa.gov.my/lms.
4. Tekan butang Daftar.
5. Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan.
6. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
7. Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar EPSA
8. Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu.
9. Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis.
10. Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan.
11. Kemudian, masukkan email anda.
12. Tekan butang Daftar. Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan.
ARTIKEL BERKAITAN : Login EMIS Online KPM
Cara Login EPSA Online
1. Untuk log masuk akaun ke https://www.epsa.gov.my/?language=ms#login-modal.
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata laluan yang didaftarkan.
3. Kemudian, klik pada butang Log Masuk.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang EPSA, sila hubungi Bantuan EPSA di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702.
BACA JUGA: Cara Login SPLKPM Sistem Pengurusan Latihan