Tema Hari Guru 2025 Kebangsaan – ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’. Apakah tema Hari Guru terkini? Untuk makluman menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan tema Hari Guru sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2023 adalah ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’. Bagi pelajar seharusnya mengambil peluang sambutan Hari Guru yang disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun sebagai untuk mengenang jasa dan menghargai perjuangan guru-guru serta membentuk anak bangsa.

Setiap tahun tanggal 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara Malaysia. Sehingga kini tarikh tersebut dipilih untuk sambutan Hari Guru sebagai mengenang jasa para warga pendidik.
Tema Hari Guru 2025 Kebangsaan – ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tema sambutan Hari Guru termasuk menerangkan maksud dan objektif :
Tema: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif Hari Guru
- Menarik perhatian ibu bapa, pelajar dan orang ramai tentang kepentingan dan peranan warga guru dalam masyarakat Malaysia.
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan, pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara warga guru.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui program seminar, persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Senarai Tema Hari Guru
- 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2015 – Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2014 – Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
Sumber: PN