Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN. Panduan buat anda yang ingin memiliki Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN. Untuk makluman menerusi portal PTPTN, pihak Perbadanan Tinggi Pendidikan Tabung Nasional (PTPTN) kerjasama dengan Bank Islam menawarkan satu kad baharu yang dikenali sebagai Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN. Dengan adanya Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN, anda boleh mendapatkan mata ganjaran apabila membeli belah secara online. Permohonan kad debit ini boleh dibuat bermula daripada 5 Oktober 2018 sehingga 4 April 2019, dimana ahli kad layak mendapat mata ganjaran berganda iaitu 2 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1.

Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN termasuk memaparkan kelebihan, kegunaan dan cara permohonan :

Kegunaan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

1. Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN boleh digunakan untuk perkara berikut:

2. Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN.

3. Deposit tunai, pengeluaran, pemindahan dana dan kemudahan lain yang ditawarkan di 1,100 Bank Islam ATM dan CDM di seluruh negara.

4. Pengeluaran tunai di lebih dari 2 juta ATM di dalam dan di luar negara yang mengandungi VISA dan MEPS.

5. Transaksi runcit di terminal Electronic Data Capture (EDC)/ terminal jualan (Point-of-Sale) di lebih dari 30 juta peniaga di seluruh dunia yang mempamerkan logo VISA.

6. Transaksi atas talian (tanpa kad) di peniaga atas talian di Malaysia dan di luar negara.

Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN
Kredit : Bank Islam

Kelebihan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

Berikut adalah kelebihan-kelebihan kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN :

1. Memudahkan urusniaga ATM (pemindahan wang tunai, pemindahan deposit dan dana), urusniaga ‘Point of Sale’ (POS), transaksi dalam talian, pembayaran bil dan pemindahan dana ke akaun SSPN-i.

2. Ahli kad akan menikmati mata ganjaran Program ‘Loyalty’ Bank Islam TruRewards (TruPoints):

i. Ahli kad layak mendapatkan 1 (satu) TruPoints untuk setiap perbelanjaan runcit RM1 (satu) menggunakan kad yang dilakukan di Malaysia dan di luar negara.

ii. TruPoints yang diperolehi akan terkumpul di dalam akaun TruRewards ahli kad.

iii. TruPoints terkumpul akan ditebus secara automatik (tidak perlu dimohon) kepada e-baucar PTPTN (dalam gandaan RM10) dan dikreditkan terus ke akaun SSPN-i ahli kad pada bulan berikutnya.

iv. Jika ahli kad tidak mempunyai akaun SSPN-i, e-baucar PTPTN yang ditebus akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman PTPTN ahli kad.

iv.  Sekiranya ahli kad bukan pendeposit SSPN-i atau peminjam PTPTN, ahli kad adalah dinasihatkan untuk membuka akaun SSPN-i bagi membolehkan mata ganjaran TruPoints dikreditkan ke dalam akaun tersebut.

v. Penebusan e-baucar PTPTN hanya sah dan diterima untuk akaun SSPN-i atau akaun pinjaman PTPTN milik ahli kad sahaja. TruPoints yang diperolehi daripada Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN tidak boleh ditebus untuk barangan lain yang ditawarkan dalam program ’Loyalty’ Bank Islam TruRewards.

3. Kad ini berfungsi untuk pembayaran tanpa sentuh melalui Visa Paywave dan MCCS v2

4. Selamat & Terjamin – PIN diaktifkan.

5. Fleksibiliti dalam mengawal had perbelanjaan.

6. Diterima di seluruh dunia

Syarat dan Cara Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

Untuk permohonan, Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN ditawarkan kepada semua pelanggan berumur 12 tahun dan ke atas yang memiliki Akaun Simpanan atau Akaun Semasa (Qard) atau Akaun Pelaburan Al-Awfar dengan Bank Islam dan permohonan hendaklah dibuat di mana-mana cawangan BIMB seluruh negara.

Kunjungi cawangan Bank Islam berdekatan anda bagi mendapatkan kad debit yang istimewa ini. Layari www.bankislam.com.my atau www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.

BACA JUGA :

Sumber : PTPTN

Leave a Reply