Tips Menghadapi Peperiksaan Dengan Cemerlang (Panduan)

Tips Menghadapi Peperiksaan Dengan Cemerlang (Panduan). Anda calon peperiksaan UPSR, PT3, SPM & STAM? Musim peperiksaan datang lagi. Sudah pastinya di antara pelajar yang sudah membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan sebenar. Malah, ada di kalangan anda mula stres apabila menjelangnya peperiksaan. Ini sedikit sebanyak sudah pastinya akan memberi kesan buruk atau negatif kepada calon. Berikut adalah panduan menghadapi peperiksaan.

Tips Menghadapi Peperiksaan Dengan Cemerlang

Tips Menghadapi Peperiksaan Dengan Cemerlang (Panduan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan menghadapi peperiksaan dengan cemerlang :

1) Berfikir secara positif

Perkara utama yang anda perlu fokus adalah sentiasa bersedia untuk menduduki peperiksaan. Jika anda tidak bersedia pun  perlu berfikir secara positif. Hal kerana anda tetap juga akan menghadapi peperiksaan nanti. Sekiranya, anda fikir anda boleh menjawab dengan baik, anda juga perlu menghadapinya. Sebagai seorang pelajar, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan yang akan diadakan. Oleh itu, anda perlu elakkan daripada berfikir yang anda belum bersedia, tidak layak, gagal, bimbang apa yang dibaca tidak keluar dan seumpamanya. Sebaliknya, anda perlu fikirkan dan yakin boleh lakukan yang terbaik mengikut kemampuan dan persediaan yang ada.

2) Jaga pemakanan

Pemakanan adalah salah satu aspek penting buat pelajar. Pastikan anda bersarapan sebelum ke Dewan peperiksaan. Hal kerana sarapan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan dan terutamanya otak. Lebih baik anda amalkan pemakanan sunmah seperti susu, bijirin, kurma dan madu.

3) Minta restu ibu bapa dan guru-guru

Sebelum peperiksaan mintalah ibu bapa dan guru-guru menghalalkan makan minum dan ilmu yang telah mereka berikan kepada kita. Minta restu daripada ibu bapa dan guru-guru anda. Apabila ilmu itu berkat, membaca akan cepat faham, menghafal pula cepat ingat dan menjawab soalan menjadi mudah.

4) Banyakkan pembelajaran output

Sekiranya pelajar mahu cemerlang dalam peperiksaan, sudah semestinya anda perlu melatih diri menjawab soalan-soalan sama ada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya atau pun soalan-soalan ramalan. Anda perlu membiasakan diri dengan pelbagai bentuk dan helah soalan untuk membina keyakinan dalam diri pelajar.

5) Banyakkan berdoa

Banyakkan berdoa ke tuhan yang Esa. Semoga dimakbulkan doa anda dengan kesungguhan apa anda meminta setiap sesuatu itu. Kalau kita berdoa tidak sepenuh hati maka hasilnya juga tidak sepenuhnya.

BACA JUGA :

Leave a Reply