Permohonan UPSI 2020 Online (Program Diploma & Sarjana Muda)

Permohonan UPSI 2020 Online (Program Diploma & Sarjana Muda). Berminat melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)? Panduan buat anda khususnya lepasan SPM dan STPM/ Setaraf yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UPSI ambilan 2020. Menerusi portal rasmi UPSI, permohonan UPSI Februari 2020 akan dibuka pada bulan September 2020 bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi UPSI.

Permohonan UPSI 2020 Online (Program Diploma & Sarjana Muda)

Permohonan UPSI 2020 Online (Program Diploma & Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan adalah kemasukan UPSI ambilan Februari 2020 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi mohon :

● DIPLOMA : 5 September (mulai jam 12.00 tengahari) hingga 5 Oktober 2018
● SARJANA MUDA : 5 September (mulai jam 12.00 tengahari) hingga 5 November 2018

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPSI

Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah seperti berikut :

A. SYARAT AM

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma/ Setaraf

B. SYARAT AKADEMIK 

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya.
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Artikel Berkaitan : Syarat Kemasukan UPSI Bagi Lepasan SPM & STPM

Cara Mohon Kemasukan UPSI 2020 Online

  1. Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi online dalam talian Laman Web UPSI http://www.upsi.edu.my/online bagi program Diploma dan Sarjana Muda ambilan Februari 2020.
  2. Pemohon mesti membuat pembelian BITARA ID DIPLOMA & SARJANA MUDA di Bank Simpanan National (BSN) seluruh Malaysia untuk akses sistem permohonan.

● BITARA ID DIPLOMA : RM26.00
● BITARA ID SARJANA MUDA : RM26.00

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan UPSI 2020 Online

Semakan keputusan kemasukan ke UPSI bagi program Diploma dan Sarjana Muda sesi ambilan 2020/2021 (Februari) boleh disemak secara online di portal rasmi UPSI. Tarikh semakan akan dikemaskini nanti.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

UNIT PROMOSI DAN KEMASUKAN
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
Aras Bawah Bangunan Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
Tel : 05-4506932/ 6930/ 6929
Faks : 05-4582670
Email : akademik@upsi.edu.my

BACA JUGA : Semakan Ujian MEdSI dan Temuduga UPSI 2020

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris akademik Februari 2020.

Leave a Reply