Saps Ibu Bapa 2023 Online Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

Saps Ibu Bapa 2023 Online Semakan Keputusan  Pelajar. Nak semak keputusan peperiksaan sekolah rendah atau sekolah menengah dengan mudah? Panduan buat ibu bapa atau pelajar yang ingin membuat semakan keputusan peperiksaan atau ujian secara atas talian. Untuk makluman, semakan slip peperiksaan pelajar kini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem Saps Ibu Bapa atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2023.

Saps Ibu Bapa 2023 Online Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

Saps Ibu Bapa adalah merupakan satu sistem semakan online yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membolehkan pelajar atau ibu bapa/ penjaga membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan mudah. Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan penuh, markah peperiksaan serta kedudukan pelajar dalam kelas bermula daripada tahun 1 hingga tingkatan 5. Namun, sistem ini tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Saps Ibu Bapa 2023 Online Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan Saps Ibu Bapa termasuk memaparkan aplikasi online :

Apa Itu Sistem SapsIbuBapa?

Sistem SAPS atau turut dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah dicipta dan dibangunkan oleh kerajaan bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan penyimpanan data akademik pelajar dalam peperiksaan dan juga dapat meningkatkan taraf pendidikan negara kita.

Keputusan Peperiksaan Disemak Sapsibubapa

Berikut adalah keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem online Sapsibubapa :

  • Ujian 1
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan UPSR
  • Peperiksaan Percubaan PT3
  • Peperiksaan Percubaan SPM

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan SapsIbuBapa Online

Langkah Pertama

○ Sila Layari ke portal SapsIbuBapa http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.

○ Sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir tanpa dash ‘-‘.

Langkah Kedua

○ Sila masukkan maklumat sekolah pelajar, sekolah terkini atau sebelum ini. Klik butang ‘SEMAK’.

Langkah Ketiga

○ Pilih tahun untuk disemak.

○ Dipaparkan pilihan jenis peperiksaan sama ada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan.

Langkah Keempat

○ Sila klik ‘Papar Slip Keputusan‘ atau ‘Papar Markah Peperiksaan‘.

BACA JUGA : Gred Markah Peperiksaan SPM, STAM & STPM

Leave a Reply