UPUOnline 2023/2024: Permohonan, Beli No Pin & Keputusan. Bilakah tarikh permohonan UPU 2023/2024 dibuka? Panduan buat pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/ STPM dan berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sesi ambilan 2022/2023. Menerusi laman portal FB UPU, permohonan UPU kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik 2022/2023 boleh dibuat bermula daripada 4 Februari sehingga 31 Mac 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi UPU.

UPUOnline 2023/2024: Permohonan, Beli No Pin & Keputusan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPU termasuk memaparkan tarikh & cara pembelian nombor unik ID, kategori kemasukan dan aplikasi permohonan :
Permohonan UPU sesi akademik 2022/2023 melibatkan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, IPG dan Institut Latihan Kemahiran Awam.
Syarat Kemasukan UA/ Politeknik Online
Sebelum anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik, anda perlu merujuk syarat kelayakan bidang pengajian masing-masing seperti berikut ;
○ Semakan Syarat Kelayakan UPU IMASCU
Kategori Permohonan UPU 2022/2023
● Lepasan SPM/ Setaraf
(Sijil, Asasi dan Diploma di UA/IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam ILKA)
– SPM 2019, SPM 2018 & SPM 2017
● Lepasan STPM/ Setaraf
(Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam)
– STPM 2019
– Matrikulasi/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2019/2020
– STAM 2018 & 2019
– Diploma/ Setaraf
Tarikh Pembelian Nombor Unik ID UPU 2022/2023
Menurut kenyataan media daripada KPT memaklumkan untuk menangggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ Unik ID kepada semua pemohon lepasan SPM, STPM/ Setaraf, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma/ Setaraf bagi sesi akademik 2022/2023.

Panduan Memilih Program UPU
Antara panduan buat calon untuk memilih program pengajian kemasukan ke Universiti Awam :
- Melepasi syarat am & syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang & institusi/agensi.
Cara Permohonan UPU 2022/2023 Online Kemasukan UA
Bagi anda yang memenuhi syarat kemasukan UA/IPTA boleh membuat permohonan UPU secara online di laman web UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login
Pastikan sebelum mengemukakan permohonan, calon telah membuat pembelian nombor pin Unik ID UPU.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh hubungi di talian helpline UPU 03- 8870 8200 atau layari ke Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).
BACA JUGA : Kalendar Tarikh Penting Permohonan UPU 2023
Nak tanya,bole tak kalau kita beli 2 no pin,utk diri kita n kawan kita ?
Assalamualaikum .. Saya hendak tanya bagaimana cara untuk beli nombor pin upu jikalau tidak ada kad bsn hanya ada buku sahaja ?
Salam,
Anak Saya sedang mrngikuti program diploma di uitm bukit mertajam tahun akhir tapi masih menjalani Latihan Industri(LI).Result akhir dah keluar cuma tunggu result Latihan Industri(praktikal).Bila boleh beli no pin upu dan kategori mana perlu dipilih untuk pembelian no pin upu?Harap dapat penjelasan