Kalendar Tarikh Penting UPU 2020/2021 (Permohonan)

Kalendar Tarikh Penting UPU 2020/2021 (Permohonan). Bilakah tarikh permohonan UPU sesi akademik 2020/2021? Panduan buat calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam 2020/2021. Untuk makluman, pelajar-pelajar boleh menyemak tarikh-tarikh penting kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi dan ILKA sesi 2020/2021 di laman FB Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Kalendar Tarikh Penting UPU Sesi 2019/2020

Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan UPU, anda boleh membuat permohonan UPUOnline secara online di laman web rasmi UPU. Berikut dikongsikan adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPU sesi akademik 2020/2021. Dengan adanya tarikh UPU ini dapat memudahkan pelajar mengetahui tarikh permohonan UPU termasuk tarikh keputusan permohonan termasuk tarikh rayuan.

Kalendar Tarikh Penting UPU 2020/2021 (Permohonan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh-tarikh penting UPU 2020/2021 bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) :

Tarikh Permohonan UPU 2020 Lepasan SPM/ STPM & Setaraf

● Permohonan Dibuka : 24 Februari hingga 7 April 2020

● Jualan No. Unik ID : 24 Februari hingga 7 April 2020

● Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM : 5 Mei – 10 Mei 2020

● Permohonan UPUOnline Rayuan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier Lepasan SPM : 5 Mei – 10 Mei 2020

● Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan Lepasan SPM : 12 April – 24 April 2020

● Semakan Panggilan Ujian MedSI & Program Temuduga Bukan Pendidikan Ujian MedSI bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-2 Mei

● Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan ke UA Lepasan SPM : 26 Jun – 2 Julai 2020

● Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 1 : 26 Ogos 2020

● Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 2 : 13 September 2020

BACA JUGA : Kategori Permohonan UPU 2020/2021

Permohonan UPUOnline Kemasukan ke UA 2020/2021

Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam menerusi UPUOnline di laman web http://upu.moe.gov.my/

Sebarang keterangan lanjut tentang kemasukan UPU, anda boleh layari ke Facebook rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau hubungi di talian Hotline UPU 03- 88708200.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran UPU sesi akademik 2020/2021.

Leave a Reply