15 Tips Temuduga Kerja Bagi Fresh Graduate. Nak temuduga kerja? Menghadiri temuduga adalah satu fasa atau penentu bagi seseorang calon untuk menjawat jawatan kerja kosong yang ditawarkan. Ia sudah tentu menjadi cabaran dan akan menimbulkan perasaan tertekan apabila anda bakal menghadapi temuduga nanti. Jadinya, sebelum anda menghadiri temuduga pastikan anda melakukan persiapan yang rapi dengan mengkaji soalan-soalan lazim yang sering ditanya dan latar belakang organisasi syarikat.
15 Tips Temuduga Kerja Bagi Fresh Graduate
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan atau tips temuduga kerja kerajaan atau swasta :
TIPS 1
Pastikan anda dalam keadaan bersedia untuk mempamerkan pencapaian yang dimiliki dan menampilkan diri sebagai calon terbaik untuk sesuatu pekerjaan.
TIPS 2
Sebelum menghadiri temuduga, siapkan CV yang menarik dan kemas beserta gambar berwarna. Tonjolkan perkara-perkara terbaik dan terkini terlebih dahulu di halaman-halaman awal CV. Sertakan satu halaman ringkasan pencapaian terpenting dalam kehidupan anda. Halaman inilah yang akan dibaca oleh penemuduga!
TIPS 3
Siapkan kenyataan pembuka yang menarik dan menonjolkan minat mendalam anda terhadap jawatan yang sedang anda pohon. Kenyataan pembuka ini akan menonjolkan keupayaan anda dan memberi gambaran yang baik.
TIPS 4
Sebelum menghadiri temuduga, pastikan cari maklumat tentang organisasi yang akan menemuduga anda, jawatan yang anda pohon, ganjaran yang anda inginkan, dan orang-orang yang berkemungkinan akan menemuduga anda. Pengetahuan yang mampu menarik perhatian mereka akan membolehkan anda mengagak arah perbincangan dalam temuduga.
TIPS 5
Buat congakan dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin dikemukakan oleh panel penemuduga. Sebagai contoh:
i. Jelaskan tentang diri anda.
ii. Apakah pengalaman bekerja yang anda miliki?
iii. Apa kekuatan dan kelemahan anda?
TIPS 6
Pihak penemuduga sudah tentu mahu tahu sumbangan yang boleh anda berikan terhadap organisasi mereka. Apa yang mampu anda lakukan atau kelebihan yang ada yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain? Apakah tindakan tepat yang telah dilaksanakan oleh organisasi? Bagaimana organisasi boleh menangani persaingan dan mengatasi pesaing? Apakah masa depan yang anda bayangkan untuk organisasi dan diri anda sendiri? Jawapan yang sistematik selalunya menarik perhatian penemuduga.
TIPS 7
Lebih baik, sediakan beberapa soalan jikalau panel penemuduga memberi peluang untuk anda mengemukakan soalan yang diinginkan. Jika peluang itu tidak diberi, minta izin untuk mengemukakan beberapa komen yang telah anda susun dengan teliti. Pastinya hindari soal gaji dan terma-terma lain, melainkan anda diminta untuk menyatakan terma anda.
TIPS 8
Cuba selidik dahulu format temuduga pada organisasi yang dipohon kerana sesetengah temuduga memerlukan anda membuat pembentangan. Jika perlu, pastikan pembentangan anda tidak terlalu sederhana dan tidak terlalu teknikal. Pembentangan anda perlu mengandungi idea baru yang mampu menarik perhatian penemuduga.
TIPS 9
Penampilan adalah suatu perkara yang penting bagi seseorang calon yang bakal menghadiri temuduga. Misalnya baju, rambut, dan kasut, haruslah sesuai mengikut sesebuah organisasi. Tanggapan pertama biasanya memberi kesan. Hindari pakaian yang pelik dan menjolok mata sebaliknya hanya bersederhana.
TIPS 10
Sapa para penemuduga dengan mesra dan senyuman manis di awal temuduga. Jangan memberi tumpuan hanya kepada seorang penemuduga sahaja. Jika anda mempunyai CV atau bahan penerbitan yang ingin anda tunjukkan, minta izin dahulu daripada pengerusi panel penemuduga untuk mengedarkannya kepada penemuduga-penemuduga yang lain.
TIPS 11
Pamerkan atau tunjukkan sikap positif dan minat terhadap apa juga perkara yang ditanya. Tonjolkan komitmen, keghairahan, semangat, dan tekad untuk mencapai matlamat anda. Berbanding kebolehan, sikap anda akan lebih menentukan kedudukan anda. Sikap yang positif perlu disemai dan dituai.
TIPS 12
Peka dengan teliti setiap pertanyaan yang ditanya oleh penemuduga. Pastikan mata anda sentiasa ‘eye contact’ melihat penyoal. Jika soalan tidak dengar jelas, minta kepada penemuduga dengan sopan agar ia diulang. Berikan jawapan dalam ayat yang penuh dan tidak terputus-putus. Jangan teragak-agak sewaktu memberikan jawapan. Kemahiran komunikasi adalah satu senjata paling penting dalam temuduga selain kebolehan akademik.
TIPS 13
Kebiasanya pengerusi panel penemuduga akan membenarkan calon memberikan kenyataan penutup. Untuk tujuan ini, sediakan ucapan penutup yang menonjolkan perkara-perkara yang anda ingin penemuduga ketahui.
TIPS 14
Ucapkan terima kasih kepada setiap penemuduga di hujung sesi dan akhiri dengan kenyataan penutup.
TIPS 15
Jangan patah hati jika anda gagal. Teruskan bersemangat dan berupaya sedaya mungkin untuk temuduga akan datang.
Petikan daripada : Shad Saleem
Kredit : Mstar