Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia 2019 (KADS1M) BAHARU. Bilakah tarikh permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M tahun 2019? Panduan buat penuntut universiti awam (UA) dan swasta yang ingin menerima bantuan pelajar pendidikan tinggi (BPPT) bagi tahun 2019. Berkenaan dengan Kad Debit Diskaun Siswa. Untuk makluman, Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) adalah satu inisiatif baharu daripada kerajaan untuk menggantikan baucer buku 1Malaysia mulai tahun 2017. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi Bank Rakyat. Tarikh akhir permohonan BPPT adalah pada 31 Mei 2019 manakala tarikh akhir pengambilan KADS1M pada 31 Julai 2019.
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) atau juga dikenali Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diwujudkan untuk mengurangkan kos perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Seperti sedia maklum, setiap pelajar akan menerima KADS1M berjumlah RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing. Dengan adanya bantuan itu, ia boleh digunakan bagi pelbagai tujuan termasuk pembelian buku, alat tulis, peralatan komputer dan penggunaan internet.
Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia 2019 (KADS1M) BAHARU!
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M termasuk memaparkan syarat kelayakan dan proses permohonan. Bagi penerima BPPT baharu, pelajar boleh menyemak kelayakan dan membuat permohonan bermula 1 April 2018. Manakala bagi pelajar yang mempunyai KADS1M, mereka tidak perlu membuat permohonan baharu.
Syarat Kelayakan KADS1M
1. Terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam dan luar negara di bawah seliaan:
– Kementerian Pendidikan Tinggi
– Kementerian Pelajaran Malaysia
– Kementerian Sumber Manusia
– Institusi Pendidikan Guru Malaysia
– Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK
Cara Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia
1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan KADS1M secara online di www.bankrakyat.com.my/bppt.
2. Status permohonan akan disahkan melalui emel pelajar.
3. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk mengambil KADS1M Debit.
Nota : Dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar bagi pengambilan KADS1M Debit-i adalah seperti berikut :
UMUR DI BAWAH 18 TAHUN
○ MyKad (Asal dan Satu Salinan)
○ Kad Pelajar (Asal dan Satu Salinan)
○ Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa/ Penjaga
○ Satu Salinan Mykad Ibu/ Bapa/ Penjaga
○ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat Pelajar (Asal dan Satu Salinan)
UMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS
○ MyKad (Asal dan Satu Salinan)
○ Kad Pelajar (Asal dan Satu Salinan)
PENGAKTIFAN KADS1M DEBIT
1. Masukkan NO PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad.
2. Lengkapkan pendaftaran Perbankan Internet i-Rakyat.
NOTA : Untuk permohonan baharu tahun 2020 tidak dibuka lagi dan tidak pasti pemberian bantuan ini masih di teruskan atau tidak. Harap maklum!
Untuk keterangan lanjut, anda boleh terus menghubungi Bank Rakyat di talian bebas tol 1300 80 5454.
INFO BERKAITAN :
○ Semakan Status KADS1M Bank Rakyat 2019 Online
○ Pemberian Bantuan RM100 BPPT 2019
Semoga perkongsian tentang ini dapat dijadikan panduan buat pelajar IPT. Selamat membuat perbelanjaan dengan secara berhemah.
Berapa kali terima kads1m tu ?
kad debit siswa untuk tahun 2019 memang dh dibatalkan ke?
permohonan baru kad siswa utk 2019 ada tak?? saya terlepas ambil sbb tarikh last 31 januari 2019…
Bila tarikh permohonan kad debit untuk tahun 2020 ye?
Pemohonan kad siswa 2020 ada ke ?
Untuk yang sudah dapat kad bantuan siswa itukan, adakah pemberian ini hanya sekali sahaja atau pemberian 100 ini setiap tahun ?