Login MOE-DL Online Digital Learning KPM. Apa itu pelantar MOE-DL? Perhatian buat pelajar dan guru yang ingin menduduki sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu sistem online iaitu Pelantar MOE-DL bagi membantu meneruskan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) antara guru dengan murid-murid. Pelantar pembelajaran MOE-DL boleh diakses melalui http://www.moe-dl.edu.my.

Pelantar MOE-DL menyediakan akses kepada buku teks digital, video pembelajaran (EduwebTV/CikgooTube), KPM Play (permainan berasaskan pendidikan secara dalam talian dan (offline), pautan aplikasi seperti WolframAlpha (enjin jawapan), dan Tinkercad (reka bentuk dan coding). Antara kelebihan pelantar MOE-DL ialah para guru boleh memuat naik bahan PdP dan tidak ketinggalan mengikut latihan atas talian.
Login MOE-DL Online Digital Learning KPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pelantar Pembelajaran MOE-DL termasuk memaparkan kelebihan dan aplikasi online :
Kelebihan MOE-DL
- Akses kepada Google Classroom dan Microsoft Teams
- Membantu dalam tujuan Pengajaran dan Pembelajaran
- Memudahkan pendaftaran kelas
- Memuat naik bahan PdP
- Memberi dan pemarkahan tugasan
- Dapat mengakses EduwebTV
- Untuk merancang PdP
- Mendapatkan video PdP
- Latihan atas talian untuk para guru

Kegunaan Pelantar MOE-DL
Pautan aplikasi untuk PdP digital guru (Google dan Microsoft), Belajar Kendiri (Infografik & poster, Webinar Google dan Microsoft), Panduan mengajar (Video), perkongsian bermakna-sharing is caring (Ruang Ilmu), Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Buku Teks Digital) dan KPM Play (Gamifikasi).
Cara Login MOE-DL Online
Log masuk http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan MOE-DL yang telah dibekalkan oleh KPM melalui JPN dan PPD.
Untuk makluman lanjut sila layari ;
Talian Helpdesk: 03-8000 8000, atau e-mel kepada bstp-gchelpdesk@moe-dl.edu.my/ gchelpdesk@moe-dl.edu.my.
BACA JUGA : Soalan Lazim Pelantar Pembelajaran MOE-DL