Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 Online. Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0? Panduan buat pemohon BPN yang ingin membuat permohonan pembatalan Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Untuk makluman, permohonan pembatalan BPN 2.0 boleh dibuat secara online menerusi portal BPN. Anda perlu memuat turun borang permohonan tersebut dan serahkan kepada alamat yang ditetapkan.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 billion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu. Menurut FB Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada 26 Oktober 2020 dan bulan Januari 2021.
Borang Permohonan Pembatalan BPN 2.0 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Pembatalan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan borang permohonan:
Cara Permohonan Pembatalan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Muat turun Borang Pembatalan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 secara online menerusi pautan https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPembatalanPermohonanBPN.pdf.
Contoh Cara Tolak Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Saya telah menerima bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 sebelum ini dan ingin menolak BPN 2.0. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memulangkan bayaran BPN 2.0 yang diterima :
1. Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
2. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
3. Surat dan draf bank/ cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2, 62592 Putrajaya
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BPN 2.0 sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara).
BACA JUGA : Semakan Permohonan BPN 2.0 Secara Online
hai. saya pekak oku. belum dapat BPN 2.0, bagaimana akaun?