Cara Renew Lesen Memandu Dan Roadtax Motor 2025 Secara Online. Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin memperbaharui lesen memandu dimana Jabatan Pengangkutan Jalan memaklumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motorsikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dilakukan secara dalam talian (online). Bagi pemegang Lesen Kenderaan Motor boleh renew lesen bermula 9 Oktober 2020 menerusi laman web MYEG manakala pemegang CDL pula bermula pada 16 Oktober 2020.

Cara Renew Lesen Memandu Dan Roadtax Motor 2025 Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang memperbaharui lesen memandu dan roadtax motor termasuk memaparkan cara semakan :
Cara Memperbaharui Lesen Memandu Online
1. Sila layari ke laman MyEG di https://www.myeg.com.my/ dan mendaftarkan satu akaun di MyEG.
2. Selepas pendaftaran akaun, anda boleh memilih kawasan JPJ yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
3. Kemudian anda boleh memilih “Driving License Renewal” untuk memperbaharui lesen memandu anda.
4. Isikan maklumat yang diperlukan dan pilih cara pembayaran anda.
5. Selepas pembayaran, anda mestilah mencetak resit anda dan simpan.
6. Pihak MyEG akan menghantar lesen memandu baru kepada anda berdasarkan alamat yang anda isi dalam sistem.
7. Hantaran ke Lembah Klang akan perlu membayar RM5 untuk kos penghantaran. Manakala Semenanjung Malaysia, kos penghantaran adalah RM6 dan RM10 untuk Sabah & Sarawak.
Nota : Lesen P tidak boleh diperbaharui secara dalam talian. Pemegang lesen P perlu hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran untuk memperbaharui lesen.
Untuk makluman lanjut boleh menghubungi di talian :
Level 43A, MYEG Tower, Empire City,
No 8, Jalan Damansara, PJU 8,
47820 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03-7664 8000
No. Faks: 03-7664 8008