Permohonan Program JUMPER PUNB 2020 Online (Borang)

Permohonan Program JUMPER PUNB 2020 Online (Borang). Apa itu Program JUMPER PUNB? Berita baik buat graduan muda Bumiputera yang berminat untuk memulakan perniagaan atau bidang keusahawanan. Untuk makluman, Program JUMPER ‘Stand Up’ PUNB yang dikendalikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kembali lagi bagi sesi pengambilan April 2020 (Siri 2). Permohonan Program JUMPER PUNB boleh dibuat secara online melalui laman sesawang rasmi PUNB sehingga tarikh tutup permohonan pada 27 Januari 2020.

Permohonan Program JUMPER PUNB 2020 Online (Borang)

Program JUMPER ‘Start Up’ PUNB merupakan sebuah program khas yang mensasarkan graduan muda Bumiputera yang memilih untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Program ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal menjadi seorang usahawan.

Permohonan Program JUMPER PUNB 2020 Online (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program JUMPER PUNB termasuk memaparkan syarat kelayakan, keistimewaan dan aplikasi permohonan :

Tarikh tutup permohonan : 27 Januari 2020

Keistimewaan Program JUMPER ‘Stand Up’ PUNB

1. Mendapat elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200.

2. Program latihan 8 bulan berkonsepkan Latihan Sangkut.

3. Latihan dan modul diberi secara PERCUMA.

4. Mentor terdiri daripada usahawan hebat dan berpengalaman terpilih.

5. Berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000 untuk memulakan perniagaan.

Syarat Kelayakan Program JUMPER PUNB 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Program JUMPER PUNB adalah seperti berikut:

1. Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.

2. Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.

3. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan.

4. Mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.

5. Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.

Permohonan Program JUMPER PUNB 2020 Online (Borang)

Cara Permohonan Program JUMPER PUNB Online

  1. Untuk permohonan boleh dibuat secara online di laman web PUNB secara atas talian (online) melalui atau terus ke http://www.punb.com.my.
  2. Muat turun borang pendaftaran di ruangan JUMPER ‘Stand Up’ / Pendaftaran & Permohonan.
  3. Hantarkan borang dan dokumen yang diperlukan ke alamat seperti yang tertera pada borang permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Program JUMPER ‘Stand Up’ PUNB, sila hubungi :

Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
No. Tel: 03-2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: jumper@punb.com.my

Leave a Reply

%d bloggers like this: