Permohonan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah 2020 (BKSM)

Permohonan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah 2020 (BKSM). Anda pelajar Sekolah Menengah? Panduan buat pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Kedah yang ingin membuat permohonan bantuan persekolahan. Untuk makluman bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Biasiswa Kecil Sekolah Menengah bagi tahun 2020. Permohonan boleh dibuat dengan dapatkan borang permohonan daripada guru biasiswa di sekolah masing-masing.

Permohonan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah 2020 (BKSM)

Biasiswa Kecil Sekolah Menengah atau ringkasnya BKSM merupakan bantuan kewangan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Kedah yang terpilih. Tujuan pemberian biasiswa ini untuk meringankan beban kewangan semasa sesi pengajian sekolah menengah mereka. Bantuan akan diberi kepada pelajar-pelajar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK).

Permohonan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah 2020 (BKSM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kecil Sekolah Menengah termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah yang perlu dipenuhi adalah ;

a. Pendapatan isi rumah maksimum RM3,000.00 atau dan lebih rendah

b. Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan seperti berikut:

i. UPSR bagi pelajar Tingkatan Satu

ii. PT3 bagi pelajar Tingkatan Empat

iii. Peperiksaan Akhir Tahun yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi Tingkatan Dua, Tiga dan Lima

c. Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh negeri Kedah atau sekolah-sekolah lain yang terpilih.

d. Pelajar yang tiada penaja lain.

e. Bersih daripada tindakan disiplin.

f. Cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan

g. Melepasi saringan oleh pihak Lembaga Biasiswa Negeri Kedah.

Cara Permohonan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah

Para pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui guru biasiswa di sekolah masing-masing.

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM), sila hubungi di talian :

No. Telefon : 04-774 4463

Email : biasiswa@lbnk.gov.my

Leave a Reply