Cara Daftar Boost eWallet 2024 Online (Login & Bayar Bil). Anda bercadang nak buka akaun e-wallet? Panduan buat pengguna yang ingin membuat pembayaran tanpa tunai (cashless). Untuk makluman, Boost merupakan penyedia e-wallet yang menawarkan pembayaran secara online. Selain itu, Boost juga membolehkan pengguna menambah kredit prabayar dan membeli pelbagai baucar digital. Pendaftaran akaun Boost boleh dibuat secara online melalui laman web https://www.myboost.com.my.
Cara Daftar Boost eWallet 2024 Online (Login & Bayar Bil)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Boost termasuk memaparkan kelebihan dan cara daftar:
Apa Itu Boost?
Boost adalah aplikasi e-wallet yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurus niaga dalam dunia digital dan mudah alih. Boost menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, selamat dan pengalaman keseluruhan lebih bermanfaat untuk pengguna.
Anda juga boleh menambah kredit prabayar anda semasa dalam perjalanan, membayar bil dan juga membeli pelbagai baucar digital pada tawaran hebat.
Kelebihan Boost
a. Beli pelan insurans atau takaful yang sesuai dengan gaya hidup
b. Pembelian secara dalam talian dengan lebih mudah
c. Tambah nilai akaun prabayar anda dengan lebih mudah dan pantas
d. Boleh gunakan Boost eWallet untuk pembayaran menaiki pengangkutan awam
e. Buat pembayaran bil dengan lebih 50 rakan kongsi pengebil tersedia untuk kategori bil seperti TNB, air, Astro, WiFi, telco pascabayar dan banyak lagi
f. Beli baucar digital daripada jenama kegemaran anda sehingga 50% diskaun
Cara Mendaftar Boost Online
- Muat turun aplikasi Boost di Google Play store atau Apple App store.
- Klik pada butang ‘Register’.
- Masukkan nombor telefon anda dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS.
- Key in nama dan username termasuk emel yang aktif.
- Masukkan password anda.
- Sediakan PIN transaksi 6 digit anda.
- Masukkan kod jemputan jika ada atau langkau langkah seterusnya dan lengkapkan pendaftaran.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.myboost.com.my/