Kadar Dividen KWSP 2023/2024 EPF Konvensional/ Shariah (Tarikh Bayaran)

Kadar Dividen KWSP 2023/2024 EPF Konvensional/ Shariah (Tarikh Bayaran). Bilakah tarikh bayaran dividen KWSP tahun 2023 diumumkan? Panduan buat pencarum KWSP yang ingin mengetahui kadar dividen KWSP tahun 2023. Untuk makluman, Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion dan 4.75 % untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2022 sebanyak RM51.14 bilion. Tahun lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen kepada ahlinya sebanyak 5.45 peratus. Pencarum KWSP boleh semak penyata KWSP secara dalam talian (online) menerusi laman web www.kwsp.gov.my atau portal i-Akaun. 

Kadar Dividen KWSP 2023/2024 EPF Konvensional/ Shariah (Tarikh Bayaran)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah pembayaran bagi keseluruhan dividen bagi 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion kepada 15 juta ahli dengan Simpanan Konvensional sebanyak RM45.44 bilion manakala Simpanan Syariah sebanyak RM5.7 bilion.

Kadar Dividen KWSP 2023/2024 EPF Konvensional/ Shariah (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kadar dividen KWSP termasuk memaparkan tarikh, jumlah kadar pengagihan dan cara semakan penyata:

Apa Itu KWSP? 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau ringkasnya KWSP merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia yang berperanan menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan KWSP. 

Tarikh dan Jumlah Dividen KWSP 2022

  • Tarikh umum: 4 Mac 2023
  • Dividen 2022: 4.75% (shariah), 5.35% (konvensional) 
Kadar Dividen KWSP 2022 EPF Konvensional/ Shariah (Tarikh Bayaran)
Kadar Dividen KWSP 2022 EPF Konvensional/ Shariah (Tarikh Bayaran)

Senarai Kadar Dividen KWSP Pada Tahun-tahun Sebelumnya (2013-2021)

TahunKonvensionalShariah
20136.35%
20146.75%
20156.40%
20165.70%
20176.90%6.40%
20186.15%5.90%
20195.45%5.00%
20205.20%4.90%
20216.10%5.65%

Semakan Penyata Akaun KWSP Online

Bagi pencarum KWSP boleh membuat semakan penyata akaun KWSP tahun 2022 bermula 4 Mac 2023 secara online melalui i-Akaun atau di laman web www.kwsp.gov.my. Selain itu, ahli juga boleh menyemak penyata akaun di kiosk atau cawangan KWSP yang berdekatan. 

Soalan Lazim Tentang Dividen KWSP

1. Bagaimanakah ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli?

Ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli melalui kemudahan i-Akaun Ahli sama ada versi web atau mobile apps.

2. Adakah caruman Caruman Sukarela akan menerima dividen?

Ya. Caruman Sukarela adalah layak untuk menerima dividen yang dikira mengikut bulan caruman.

3. Saya telah bertukar ke Simpanan Shariah pada tahun 2022. Mengapakah saya masih menerima dividen Simpanan Konvensional?

Bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah pada tahun 2022 sehingga 25 Disember 2022 atau antara 26 hingga 31 Disember 2022, pilihan tersebut hanya akan berkuat kuasa masing-masing pada 1 Januari 2023 dan 1 Januari 2024. Oleh itu, bagi dividen 2022, akaun anda akan masih dikreditkan dengan dividen Simpanan Konvensional.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Dividen KWSP 2022 di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/epf-delivers-competitive-returns-amid-tough-investment-climate-in-2022-reaffirms-focus-to-rebuild-members-savings

BACA JUGA: Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN

Leave a Reply