Cara Daftar BigPay 2025 Online (Top Up & Transfer Duit). Anda bercadang nak buka akaun e-wallet? Panduan buat pengguna yang ingin membuat pembayaran tanpa tunai (cashless). Untuk makluman, BigPay merupakan penyedia e-wallet yang menawarkan pembayaran secara online serta offline melalui kad BigPay. Selain itu, BigPay juga membolehkan pengguna membuat pertukaran wang asing tanpa dikenakan caj fee. Pendaftaran akaun BigPay boleh dibuat secara online melalui laman web https://bigpayme.com.

Cara Daftar BigPay 2025 Online (Top Up & Transfer Duit)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran BigPay termasuk memaparkan kelebihan, cara daftar, tambah nilai dan permohonan kad visa:
Apa Itu Bigpay?
BigPay ialah aplikasi mudah alih dengan kad yang menyediakan antara muka yang mudah untuk anda berbelanja, menghantar, menerima dan menjejak wang di mana-mana sahaja di dunia.
Kelebihan Guna BigPay
a. Pengesan perbelanjaan mudah secara terus dalam aplikasi.
b. Jimat setiap kali anda berbelanja dengan Stashes.
c. Bayar dengan kad Visa fizikal dan maya atau buat pembayaran DuitNow QR di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia
d. Pengiriman wang antarabangsa dengan pantas, selamat dan berpatutan.
e. Pembayaran bil yang lancar dan tambah nilai mudah alih prabayar hanya dengan beberapa klik.
f. Pemindahan wang segera kepada rakan di BigPay atau bank tempatan lain melalui DuitNow.
Cara Mendaftar BigPay Online
- Muat turun aplikasi BigPay dan klik Sign Up.
- Pilih “Malaysia” sebagai pilihan negara yang anda tinggal.
- Masukkan nombor telefon anda dan OTP yang dihantar ke telefon anda.
- Isi butiran peribadi seperti emel, nama, nombor Mykad dan pelbagai lagi.
- Masukkan alamat rumah dengan betul supaya kad visa BigPay terus ke rumah anda secara percuma.
- Muat naik gambar asal NRIC atau Passport anda.
- Kemudian, anda perlu mengambil swafoto video untuk pengesahan.
- Sekiranya berjaya pengesahan, anda perlu tambah nilai pertama kali sebanyak RM20 ke dalam akaun anda dengan menekan butang “+”.
Cara Top Up BigPay
- Buka aplikasi BigPay dan pilih Tambah Nilai.
- Masukkan amaun yang ingin anda tambahkan pada akaun BigPay anda.
- Pilih kaedah pembayaran – sama ada pindahan bank atau kad.
- Anda perlu menambah butiran kaedah pembayaran pada kali pertama anda menggunakannyaIkut gesaan pada skrin untuk menyelesaikan pembayaran.
Cara Dapatkan Kad BigPay
- Log masuk aplikasi BigPay.
- Pesan kad BigPay anda yang akan dihantar ke alamat rumah anda.
NOTA: Setelah anda melengkapkan pengesahan, kad BigPay anda akan dihantar ke alamat berdaftar anda dalam masa 5 hingga 7 hari bekerja.
Untuk keterangan lanjut sila emel ke support.my@bigpayme.com atau layari ke laman web https://bigpayme.com/
BACA JUGA: Pendaftaran Boost eWallet