Cara Daftar GENIUS@Pintar Negara UKM 2024 (Ujian UKM1, UKM2 & UKM3). Nak mohon GENIUS@Pintar Negara? Panduan buat pelajar yang berminat memasuki Pusat Genius@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2023. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa kepada murid berumur 8 hingga 15 untuk membuat permohanan Genius@Pintar Negara tahun 2023 bagi kemasukan Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat. Ibu bapa atau penjaga boleh mendaftar anak mereka untuk mengambil Ujian Saringan UKM1 secara kelompok di sekolah-sekolah anak mereka melalui laman web http://ukm1.geniuspintar.ukm.my. Ujian UKM1 dilaksanakan secara dalam talian (online) bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei 2023.

Cara Daftar GENIUS@Pintar Negara UKM 2024 (Ujian UKM1, UKM2 & UKM3)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang GENIUS@Pintar Negara termasuk syarat kelayakan, bidang pengkhususan dan cara pendaftaran:
Apa Itu Genius@Pintar Negara UKM?
Genius@Pintar Negara adalah satu program untuk mencari murid yang pintar dan berbakat di seluruh Malaysia bagi memasuki Pusat Genius@Pintar UKM. Murid-murid yang mengikuti program ini dipilih melalui proses ujian-ujian saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.
Syarat Kelayakan GENIUS@Pintar Negara UKM
Antara syarat-syarat memasuki program GENIUS@Pintar Negara adalah seperti berikut:
- Lulus Ujian UKM1
- Lulus Ujian UKM2
- Menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah
- Lulus ujian UKM3.
Bidang Pengkhususan Kolej GENIUS@Pintar Negara
Ketiga-tiga sekolah yang menawarkan pendidikan menengah pintar dan berbakat ini menawarkan pengkhususan seperti berikut:
Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN)
- Pengkhususan bidang Sains Tulen
- Pengkhususan Sains Tulen dan Teknologi Digital
Kolej GENIUS Insan (KGI)
- Pengkhususan Sains Tulen yang berteraskan Aqli dan Naqli
Akademi Sains Pendang (ASP)
- Pengkhususan bidang Sains Tulen

Manfaat Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat
a. Pendidikan yang menyokong keperluan kebolehan kognitif.
b. Pendidikan yang mencabar dan berteknologi tinggi menerusi kurikulum yang rigorous.
c. Peluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusi program-program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing dan Astrophysics, F1 in Schools, Robotic dan lain-lain.
d. Peluang untuk menjalankan penyelidikan dengan bimbingan daripada pakar bidang/profesor di universiti.
e. Pengalaman tindikan industri (industrial engagement/ immersion).
f. Berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti terbaik dunia dan universiti Ivy League.
Yuran Pengajian Pusat GENIUS@Pintar Negara
Yuran pengajian adalah sekitar harga RM1900 – RM2500 untuk seorang pelajar untuk tempoh satu tahun.
Cara Pendaftaran GENIUS@Pintar Negara Online
- Layari laman web ujian UKM1 di pautan http://ukm1.geniuspintar.ukm.my/
- Pada menu utama klik Ujian UKM1.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik seterusnya.
- Isi maklumat murid dengan lengkap dan klik Daftar Pelajar Baru.
- Jawab ujian tersebut sehingga tamat.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian iaitu:
Pusat GENIUS@Pintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor, Malaysia
Tel: +603-8921 7503 / 7521 / 7532/ 7533
Fax: +603-8921 7525
Emel: permatapintar@ukm.edu.my