Permohonan GMI 2024 Online German-Malaysian Institute. Anda berminat melanjutkan pengajian ke German-Malaysian Institute? Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), IGCSE, Sijil Teknikal dan SKM Tahap 3 yang berminat melanjutkan pengajian di German-Malaysian Institute (GMI) ambilan 2024. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke German-Malaysian Institute ambilan Januari 2024 telah dibuka secara dalam talian di laman web www.gmi.edu.my. Pengambilan dibuka sebanyak empat kali iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober setiap tahun.
Permohonan GMI 2024 Online German-Malaysian Institute
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke German-Malaysian Institute termasuk memaparkan tarikh, syarat tawaran dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan: Empat kali pengambilan bagi bulan Januari, April, Julai dan Oktober setiap tahun
German-Malaysian Institute atau ringkasnya GMI adalah sebuah institusi pengajian swasta yang menawarkan latihan selama tiga tahun kepada aspek teknikal berbanding teori dimana mengaplikasikan sistem German Dual Vocational Training. Program ditawarkan mencakupi Teknologi Komputer, Teknologi Kejuruteraan, Seni, Reka Bentuk dan Multimedia dan Pra-Universiti Swasta. Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke GMI berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti di Jerman, United Kingdom dan Australia.
Syarat Kemasukan GMI 2024
Antara syarat-syarat kemasukan ke German-Malaysian Institute adalah seperti berikut ;
1. Pelajar hendaklah disahkan sihat oleh mana-mana klinik atau hospital kerajaan/swasta serta lulus Pemerikasaan Doktor dan Ujian Dadah. Tidak mempunyai sebarang ketidak-upayaan fizikal (physical disabilities) yang serius dan tidak rabun warna. Segala perbelanjaan pemeriksaan yang bersangkutan adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri. Pihak Institut berhak menarik balik atau membatalkan tawaran ini pada bila-bila masa jika didapati pelajar tidak mencapai tahap kesihatan yang diperlukan.
2. Segala maklumat yang dikemukakan kepada Institut mestilah benar. Pihak Institut berhak menarik balik tawaran atau membatalkan tawaran ini pada bila-bila masa jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu.
3. Pelajar adalah tertakluk kepada semua Peraturan dan Polisi Institut yang dikuat-kuasakan ke atas pelajar di sepanjang tempoh pengajian.
4. Pelajar perlu menjelaskan yuran-yuran yang terbabit bagi pendaftaran program yang ditawarkan berdasarkan Struktur Yuran dan Kaedah Pembayaran Yuran seperti di dalam Lampiran A ini.
5. Tawaran kemasukan ini adalah muktamad. Sebarang penukaran ke atas program yang ditawarkan ataupun sesi pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
6. Sila pastikan anda telah memuat-turun (download) kedua-dua Lampiran A – Syarat Tawaran & Panduan Pendaftaran dan Lampiran B – Dokumen Kemasukan Pelajar daripada laman web GMI, seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Syarat Am dan Kursus GMI
Senarai Program Ditawarkan Di German-Malaysian Institute
DIPLOMA
A. Computer & Information Department
- Diploma in Creative Multimedia
- Diploma in Network Security
- Diploma in Software Engineering
B. Electrical Engineering Department
- Diploma in Engineering Technology (Mechatronics)
- Diploma in Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
- Diploma in Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
- Diploma in Autotronics Engineering Technology
- Diploma in Engineering Technology (Electronics and Information Technology)
C. Mechanical Engineering Department
- Diploma in Engineering Technology (CNC Precision Technology)
- Diploma in Engineering Technology (Industrial Design)
- Diploma in Engineering Technology (Industrial Quality Management)
- Diploma in Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)
- Diploma in Engineering Technology (Manufacturing System)
- Diploma in Engineering Technology (Mould Technology)
- Diploma in Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
Cara Permohonan Kemasukan ke GMI Online
Permohonan kemasukan German-Malaysian Institute boleh dibuat secara online di laman web rasmi www.gmi.edu.my/onlineapp/.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar baru, sila hubungi:
Unit Kemasukan & Rekod GMI
Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9015 atau 03-8921 9457
E-mail: admission@gmi.edu.my
BACA JUGA: Permohonan KKTM MJII IKM