Panduan Penyediaan MyPortfolio Bagi Pendidikan (Contoh Templat)

Panduan Penyediaan MyPortfolio Bagi Pendidikan (Contoh Templat). Anda pekerja di sektor perkhidmatan awam? Apa itu MyPortfolio? Panduan buat warga pendidik yang perlu melaksanakan dan menyiapkan tugasan MyPortfolio. Untuk makluman, MyPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka learning organisation. Selain itu juga, MyPortfolio berperanan sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas.

Panduan Penyediaan MyPortfolio Bagi Pendidikan (Contoh Templat)

Menerusi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018, pelaksanaan MyPortfolio bukan sahaja untuk warga guru malah kakitangan awam yang lain perlu juga melaksanakan tugasan ini. Ianya ditugaskan kepada semua penjawat awam sama ada askar, polis, bomba, jururawat dimana semuanya perlu diselesaikan pada 30 November 2018.

Panduan Penyediaan MyPortfolio Bagi Pendidikan (Contoh Templat)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara menyediakan MyPortfolio bagi pendidikan termasuk contoh templat dan aplikasi online :

Ciri-Ciri MyPortfolio

Berikut adalah ciri-ciri myPortfolio :

i. myPortfolio adalah satu dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;

ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio dan juga jawatan yang belum diisi;

iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan;

iv. myPortfolio mengandungi panduan, maklumat dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Komponen MyPortfolio

(1) Carta Organisasi;

(2) Carta Fungsi;

(3) Aktiviti-aktiviti bagi Fungsi;

(4) Deskripsi Tugas;

(5) Proses Kerja;

(6) Carta Alir;

(7) Senarai Semak;

(8) Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa;

(9) Senarai Borang; dan

(10) Senarai Jawatankuasa yang Dianggotai.

Contoh Format Pelaporan

Panduan Penyediaan MyPortfolio (Templat) Bagi Pendidikan

Carta Organisasi

Panduan Penyediaan MyPortfolio (Templat) Bagi Pendidikan

Deskripsi Tugas

Panduan Penyediaan MyPortfolio (Templat) Bagi Pendidikan

Proses Kerja/ Carta Alir/ Senarai Semak

Panduan Penyediaan MyPortfolio (Templat) Bagi Pendidikan

Cara Muat Turun Templat MyPortfolio

1. Capaian bahan myPORTFOLIO dalam google drive yang dibina menggunakan URL link yang diberi. Berikut adalah pautan URL di bawah ;

URL link : http://gg.gg/myPORTFOLIO-GURU2

Panduan Penyediaan MyPortfolio (Templat) Bagi Pendidikan

Download Contoh Templat MyPortfolio

Untuk dapatkan contoh penyediaan dan templat MyPortfolio bagi semua jawatan guru boleh muat turun pautan di bawah. Selepas download baru anda boleh edit semula.

Klik : https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1etKqgSY7VQn9jd_fiRmxsjNprsbbuPVr?usp=sharing

Semoga perkongsian tentang panduan penyediaan MyPortfolio dapat dijadikan rujukan kepada pihak pendidikan. Selamat menyiapkan tugasan MyPortfolio.

Sumber : FB, myPortfolio

Leave a Reply

%d bloggers like this: