Tarikh Penting Permohonan UPU 2025-26 (Asasi/Diploma/Degree)

Tarikh Penting Permohonan UPU 2025-26 (Asasi/Diploma/Degree). Nak melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Panduan buat para pelajar yang ingin membuat permohonan UPU ambilan 2025/2026. Bagi pelajar lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf boleh merujuk tarikh-tarikh penting kemasukan ke universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2025-26 di bawah. Permohonan UPU boleh dibuat secara online di laman web rasmi UPU upu.mohe.gov.my.

Tarikh Penting Permohonan UPU 2025-26 (Asasi/Diploma/Degree)

Kalendar tarikh permohonan UPU akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) untuk memudahkan para pelajar dalam membuat permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Dengan adanya kalendar ini dapat memudahkan pelajar mengetahui tarikh permohonan dibuka & ditutup, panggilan temuduga dan Ujian MedSI termasuk keputusan UPU dan rayuan.

Tarikh Penting Permohonan UPU 2025-26 (Asasi/Diploma/Degree)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline. Pemohon boleh merujuk tarikh-tarikh permohonan dan semakan UPU, panggilan temuduga dan rayuan permohonan :

Date Application UPUOnline 2025-26

  • Pembelian no unik ID UPU : 9 Februari – 15 Mei 2025
  • Permohonan UPU dibuka : 10 Februari 2025 (Fasa 1)
  • Permohonan UPU ditutup : 14 Jun 2025 (Fasa 1)
  • Pembukaan semula permohonan bagi lepasan SPM : –
  • Semakan panggilan temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : –
  • Semakan panggilan Ujian MEdSI program Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
  • Semakan panggilan temuduga program Bukan Pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
  • Fasa pengemaskinian bagi lepasan SPM : –
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : –
  • Permohonan rayuan lepasan SPM : –
  • Fasa pengemaskinian bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
  • Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : –
  • Permohonan rayuan lepasan STPM/Setaraf : –

Panduan Memilih Program UPU

Bagi anda yang ingin memohon UPU sila ikuti panduan memilih program-program UPU kemasukan ke Universiti Awam iaitu :

  • Melepasi syarat am & syarat khas program institusi/agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang & institusi/agensi.

Cara Permohonan UPU 2025/2026 Kemasukan UA ILKA

Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke UA secara online di laman web rasmi UPU. Nak dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan sila ke laman sini.

NOTA: Bagi pemohon yang telah memohon sebelum ini boleh mengemaskini pilihan program pengajian di laman web https://upu.mohe.gov.my/

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi seperti berikut;

  • Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
  • Talian helpline UPU : 03-8684 2363
  • Aplikasi Mobile UPUPocket UPU

BACA JUGA: Punca Gagal Permohonan UPU

Leave a Reply