Cara Daftar GrabPay Malaysia 2024 (Aktifkan & Top Up). Anda bercadang nak buka akaun e-wallet? Panduan buat pengguna yang ingin membuat pembayaran tanpa tunai (cashless). Untuk makluman, GrabPay merupakan penyedia e-wallet yang dibangunkan oleh Grab untuk menawarkan pembayaran secara online. Selain itu, pengguna akan memperoleh mata GrabRewards untuk setiap transaksi dengan GrabPay. Pendaftaran akaun GrabPay eWallet boleh dibuat secara online melalui laman web https://www.grab.com/my.
Cara Daftar GrabPay Malaysia 2024 (Aktifkan & Top Up)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran GrabPay termasuk memaparkan kelebihan, cara daftar, aktifkan dan tambah nilai:
Apa Itu GrabPay?
GrabPay merupakan penyedia e-dompet terkemuka di Malaysia, menawarkan kemudahan membayar perkhidmatan harian seperti bil, barangan runcit, makanan, perkhidmatan tunggangan, tambah nilai prabayar dan banyak lagi. Selain itu, pengguna juga akan memperoleh mata GrabRewards untuk setiap transaksi yang anda lakukan dengan GrabPay.
Kelebihan GrabPay
a. Dapatkan mata GrabRewards untuk menebus tawaran menarik.
b. Setiap transaksi boleh disemak.
c. Mengimbangi 100% bil anda dengan mata GrabRewards anda untuk pembelian minimum RM4 di mana-mana peniaga GrabPay.
Cara Mendaftar Dan Aktifkan GrabPay
- Buka aplikasi Grab anda.
- Klik pada tab “Payment” pada menu.
- Kemudian, ada popup akan muncul dan klik pada butang “Activate”.
- Pada halaman berikutnya, klik pada butang “Activate Now”.
- Kemudian klik kad untuk di link dengan akaun anda, sekiranya tiada senarai kad anda dikehendaki memasukan maklumat kad baru yang ingin di link dengan akaun anda.
- Tandakan pada kotak “Terms and Conditions”.
- Klik pada butang “Continue”.
- GrabPay sudah didaftarkan dan diaktifkan untuk digunakan.
Cara Top Up GrabPay
- Buka aplikasi Grab dan klik pada ikon ‘Finance‘.
- Klik butang ‘Top Up‘.
- Pilih ‘Online Banking‘.
- Klik pada ‘Preferred Bank’.
- Masukkan jumlah pilihan (minimum RM50) dan teruskan.
- Selepas klik Top Up, ikut arahan bank anda dengan sewajarnya.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.grab.com/my/pay/