Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Selama 6 Bulan (Domestik). Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 ini hampir semua rakyat duduk di rumah dan sudah tentunya penggunaan elektrik akan lebih tinggi daripada kebiasaanya. Bayangkan kipas, lampu dan TV mungkin digunakan sepanjang masa di rumah. Itu belum masuk lagi penggunaan penghawa dingin dan gajet yang mungkin digunakan lebih daripada 12 jam sehari. Benar tidak?
Berita baik buat anda dimana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM530 juta untuk memberikan diskaun elektrik antara 15% sehingga 50% kepada pengguna. Pemberian diskaun bil elektrik ini adalah antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk tempoh enam bulan mulai penggunaan elektrik 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.
Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Selama 6 Bulan (Domestik)
Untuk mendapatkan diskaun 50 peratus bil elektrik selama 6 bulan, apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200kWh atau RM43.60 sebulan. Ikuti maklumat ringkas diskaun bil elektrik TNB di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN seperti di bawah.
Jumlah Diskaun Bil Elektrik Diberikan
Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:
✅ Jika anda menggunakan 200 kWh ke bawah atau RM43.60 sebulan, anda akan terima diskaun 50%.
✅ Jika anda menggunakan antara 201 – 300 kWh atau RM43.70 sehingga RM77.10 sebulan, anda akan terima diskaun 25%.
✅ Jika anda menggunakan antara 301 – 600 kWh atau RM77.10 sehingga RM231.80 sebulan, anda akan terima diskaun 15%.
✅ Jika anda menggunakan lebih 600 kWh atau RM231.90 dan ke atas sebulan, anda akan terima diskaun 2%.
Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.
Cara Kira Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik
Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan Antara 201kWh hingga 300 kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020).
Pengiraan Diskaun :
= % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 25% x RM62.64
Jumlah diskaun diterima = (RM 15.66)
Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sila ke https://www.tnb.com.my/prihatin/
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
TNB CareLine
Tel : 1-300-88-5454
Emel : tnbcareline@tnb.com.my
Hotline myGCC : 03-8000 8000
Hotline Sekretariat PRE2020 : 03-8882 9089