Semakan Slip Daftar MUET 2023 Sesi Mac Julai November

Semakan Slip Daftar MUET 2023 Sesi Mac Julai November. Bilakah tarikh semakan pendaftaran MUET tahun 2023 bagi pengambilan sesi Mac, Julai dan November? Perhatian buat calon yang telah membuat pendaftaran MUET tahun 2023. Untuk makluman menurut portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), semakan pendaftaran ujian MUET sesi 2023 boleh disemak secara dalam talian (online) menerusi laman web MPM. Calon dinasihatkan selalu melayari laman web MPM untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan pendaftaran MUET 2023.

Semakan Slip Daftar MUET 2023 Sesi Mac Julai November

Slip daftar MUET sangat penting bagi seseorang calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET sebenar di dalam dewan. Calon perlu menyemak slip daftar dan mencetak sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.

Semakan Slip Daftar MUET 2023 Sesi Mac Julai November

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan pendaftaran MUET sesi Mac, Julai dan November termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Penting Semak Slip Daftar MUET 2023

  • Sesi Mac : 7 Disember 2022 – 10 Januari 2023
  • Sesi Julai : 28 Februari – 4 April 2023
  • Sesi November : 12 Julai – 23 Ogos 2023

ARTIKEL BERKAITAN : Beza IELTS dan MUET

Cara Semak Pendaftaran MUET 2023

A. Semakan Slip Daftar Ujian MUET Online

Calon boleh membuat semakan slip daftar Ujian MUET secara online di laman web MPM http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/.

B. Semakan Slip Daftar Ujian MUET Melalui SMS

Selain online, calon juga boleh membuat semakan melalui khidmat SMS seperti berikut:

  • Taipkan : MUET<jarak>INFO<jarak>NO. KAD PENGENALAN & SMS ke 15888
  • Contoh: MUET INFO 950678075576 & SMS ke 15888

*Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX.

Nota : Bagi calon sekolah atau institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui pengetua sekolah atau institusi masing-masing.

Aplikasi Semakan MUETbyMPM

Kini, calon boleh memuat turun aplikasi MUETbyMPM di App Store atau Play Store untuk menyemak status pendaftaran MUET.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03-61261662 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my.

BACA JUGA :

Leave a Reply