Panduan Beli No PIN UPU 2019/2020 di BSN

Panduan Beli No PIN UPU 2019/2020 di BSN. Anda nak buat permohonan UPU kemasukan ke UA sesi akademik 2019/2020? Untuk makluman menerusi portal rasmi UPU, permohonan kemasukan ke UPU sesi 2019-2020 dijangka akan dibuka pada bulan Februari 2019 tarikh yang sama pembelian no pin UPU. Bagi anda lepasan SPM/ Setaraf atau STPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan ke Universiti Awam (UA)/ IPTA, anda boleh membuat permohonan UPU secara dalam talian di sistem UPU.

Panduan Beli No PIN UPU 2019/2020 di BSN

Untuk pengetahuan, pembelian no pin UPU boleh didapati dengan dua cara iaitu melalui kaunter BSN atau mesin ATM BSN di mana-mana cawangan berdekatan dengan anda. Harga seunit no pin UPU sesi akademik 2019-2020 berjumlah RM15.60.

Panduan Beli No Pin UPU 2019/2020 di BSN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara pembelian no pin UPU sesi akademik 2019-2020 termasuk tarikh dan harga nombor unik ID :

Beli No Pin UPU di Kaunter BSN

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

Pemohon perlu hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa Kad Pengenalan/ My Kad atau salinan Kad Pengenalan/ My Kad semasa pembelian. Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.

Pembelian Nombor Pin UPU mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon. BSN akan
mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID yang perlu disimpan oleh pemohon.

Beli No Pin UPU di Mesin ATM BSN dan Perbankan Internet

Selain pembelian Nombor Unik ID di kaunter BSN, calon juga boleh membuat pembelian melalui Mesin Automated Teller Machine (ATM) atau Perbankan Internet (myBSN) :

1. Masukkan Kad BSN dan no PIN anda.

2. Pilih Urusan – ‘BELI PIN‘.

3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’.

4. Pilih Jenis Program/ Bidang IPTA – contohnya program lepasan ‘SPM’ atau “STPM”. Mengikut lepasan pengajian masing-masing.

5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ My Kad untuk proses seterusnya.

6. Tekan button ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.

7. Semak maklumat semula dan kemudian klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan.

9. Tekan untuk dapatkan resit yang dicetak. Simpan resit itu sebaiknya dan jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.

* Peringatan : Pembelian No. Unik ID melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.

BACA JUGA :

Permohonan UPUOnline sesi akademik 2019/2020 

Selamat membuat pembelian nombor Unik ID untuk kemasukan ke IPTA sesi ambilan 2019/2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: