Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB Online

Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB Online | Anda seorang pelajar atau yang sedang bekerja yang ingin membuat pelaburan? Panduan buat anda yang ingin membuat pendaftaran Amanah Saham Berhad (ASB). Untuk makluman, kini Amanah Saham Berhad tidak menggunakan lagi buku akaun untuk tambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit. Terkini, anda boleh membuka akaun ASB secara online menerusi portal rasmi ASNB.

Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB Online

MyASNB Portal adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Cara Daftar MyASNB & Semak Baki ASB Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran akaun ASB di portal MyASNB termasuk semakan baki ASB online :

Cara Daftar MyASNB Online

1.  Pergi ke www.myasnb.com.my

2.  Klik ‘Daftar di sini’.

3.  Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’

4.  Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’

5.  Ikuti langkah-langkah berikut untuk pendaftaran Portal myASNB ;

a. Langkah 1 – Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin. Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan.

b. Langkah 2 – Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’. Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.

Nota :

i. Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.

ii.  Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat.

c. Langkah 3 – mencipta akaun portal myASNB

i. Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda

ii. Masukkan Frasa Selamat

iii. Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan

iv. Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran

6. Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.

a. Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS.

b. E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan ‘Verify Email’ yang dihantar.

7. Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.

Nota: Pemegang unit adalah diingatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB sebelum mendaftar dengan Portal myASNB.

Senarai Perkhidmatan Online MyASNB

MyASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antaranya termasuklah:

i.  Pertanyaan butiran pegangan semasa

ii.  Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari

iii.  Pelaburan tambahan

iv.  Kemaskini maklumat peribadi

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat untuk ASNB di talian 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my

Semoga perkongsian ini tentang cara daftar dan semakan MyASNB dapat dijadikan panduan buat pertama kali yang ingin membuka akaun ASB. Selamat membuat pelaburan di Amanah Saham Berhad.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: