Kadar Dividen ASB ASN 2022 Bonus (Cara Kira)

Kadar Dividen ASB ASN 2022 Bonus (Cara Kira). Berapa kadar pendapatan dividen dan bonus ASB & ASN tahun 2022? Panduan buat pelabur yang telah membuat pelaburan Amanah Saham Bumiputera. Untuk makluman, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. Pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit.

Kadar Dividen ASB ASN 2022 Bonus (Cara Kira)

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023 atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.

Kadar Dividen ASB ASN 2022 Bonus (Cara Kira)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran dividen dan bonus ASB ASN termasuk memaparkan jumlah kadar, semakan dan cara pengiraan:

Tarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB

Pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023. Ketika ini, urus niaga ASB ditangguhkan untuk pengiraan pendapatan dan bonus dari 22 hingga 31 Disember 2022.

Tarikh pembukaan semula urusniaga ASB di semua saluran bermula pada 3 Januari 2023.

Kadar Dividen ASB ASN 2022 Bonus (Cara Kira)

Cara Pengiraan Pengagihan Dividen ASB 

Pengagihan pendapatan dan bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum sepanjang tahun 2022 dengan formula seperti berikut:

A. Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB

Jumlah baki minimum bulanan selama dua bulan/ 12 bulan X kadar pengagihan

B. Pengiraan Bonus

Jumlah baki minimum bulanan selama dua bulan/ 12 bulan X kadar bonus

Kadar Dividen Dan Bonus ASB Dan ASN 2022

A. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

  • Dividen: 3.35 sen seunit
  • Bonus: 1.25 sen seunit
  • Bonus Tambahan: 0.50 sen seunit
  • Jumlan Keseluruhan: 5.10 sen seunit

Sejarah Dividen 2011-2021

TahunDividen ASB (Sen)Bonus (Sen)Jumlah Keseluruhan (Sen)
20214.250.755.00
20203.500.754.25
20195.000.505.50
20186.500.507.00
20177.001.258.25
20166.750.507.25
20157.250.507.75
20147.501.008.50
20137.701.008.70
20127.751.158.90
20117.651.158.80

B. Amanah Saham Nasional (ASN)

Jumlah Pendapatan 2022: –

Semakan Pengagihan Pendapatan Dan Bonus ASB 

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut. Pengiraan pengagihan bonus tambahan adalah tertakluk kepada 30,000 unit pertama untuk setiap akaun. Unit-unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang ASB boleh layari ke laman web https://www.asnb.com.my/asnbv2_0index.php

BACA JUGA : Cara Daftar Dan Semak MyASNB

Sumber : ASNB

Leave a Reply

%d bloggers like this: