Cara Daftar mySPP 2024 Online (Login Dan Kemaskini). Nak login mySPP? Panduan buat pemohon yang ingin membuat pendaftaran Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan tahun 2024. Untuk makluman, kerajaan telah, mengumumkan satu portal online iaitu Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) yang menggantikan portal SPP untuk permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan. Pendaftaran akaun mySPP boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal mySPP.
Menerusi FB Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pada 7 Julai 2021 akan dibuka iklan tawaran pengambilan khas Pegawai Pendidikan gred DG41 secara one–off kerana terdapatnya masalah kekurangan guru melibatkan beberapa buah negeri dan mata pelajaran tertentu. Bagi yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan jawatan kosong SPP secara online menerusi laman web mySPP.
Cara Daftar mySPP 2024 Online (Login Dan Kemaskini)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang mySPP termasuk memaparkan cara pendaftaran, permohonan jawatan dan semakan status :
Berdasarkan pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan. Sistem mySPP dilancarkan bertujuan untuk memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu (1) sistem permohonan sahaja.
Cara Pendaftaran mySPP Online
- Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan DAFTAR AKAUN BAHARU di laman utama mySPP melalui laman web rasmi https://myspp.spp.gov.my.
- Pastikan semua medan bertanda * hendaklah diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif.
- Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.
- Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
- Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang ‘semula’.
Nota : Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja.
Cara Login MySPP
1. Bagi yang mempunyai ID akaun boleh log masuk mySPP menerusi laman web https://myspp.spp.gov.my/.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
Cara Permohonan Jawatan Kosong mySPP Online
Untuk permohonan jawatan mySPP, calon perlu mengisi borang SPP secara online adalah seperti berikut :
1. Log masuk portal mySPP untuk mengisi maklumat peribadi.
2. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
3. Lengkap maklumat yang diperlukan dengan sahih.
4. Klik pada butang HANTAR.
5. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
Semakan Status Permohonan Jawatan mySPP Online
- Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan ‘Semakan Permohonan’.
- Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.
- Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang mySPP, sila hubungi di talian seperti berikut :
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya.
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : pro@spp.gov.my