Permohonan Guru Sekolah Rendah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2020 Online (TERKINI)

Permohonan Guru Sekolah Rendah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2020 Online (TERKINI). Berminat menjadi warga pendidik? Panduan buat anda yang berminat dan ingin menjadi seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk memohon bagi pengambilan khas guru Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi JobsMalaysia. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mac 2020 sebelum pukul 11.59 malam.

Permohonan Guru Sekolah Rendah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2020 Online (TERKINI)

Permohonan Guru Sekolah Rendah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2020 Online (TERKINI)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan Guru Khas bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Sehingga 20 Mac 2020

Keterangan Program Pengambilan Guru Khas

A. SEKOLAH KEBANGSAAN

(Penempatan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak sahaja)

Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Contract of Service).

Permohonan Guru Sekolah Rendah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2020 Online (TERKINI)
Permohonan Guru Sekolah Rendah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 2020 Online (TERKINI)

Syarat-Syarat Kelayakan Asas

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Sihat Tubuh Badan;
(iii) Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(iv) Bagi opsyen Bahasa Inggeris, calon perlu mencapai sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
(v) Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya seperti berikut:
(1) Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0 bagi calon-calon Semenanjung Malaysia; atau
(2) Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0 bagi calon-calon anak negeri Sarawak.

B. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)

(Penempatan di SJKC Semenanjung Malaysia sahaja)

Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap)

Syarat-Syarat Kelayakan Asas

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Sihat Tubuh Badan;
(iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Awam (UA) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0;
(vi) Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
(v) Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.

C. LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Contract of Service).

Syarat – Syarat Kelayakan Asas

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Sihat Tubuh Badan;
(iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) dalam bidang berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0;
(iv) Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
(v) Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).

Nota : Maklumat lanjut mengenai jawatan boleh diperoleh dengan melayari pautan di (https://www.spp.gov.my/images/pengumuman/2020/Iklan_Guru_Interim_Fasa_2_Tahun_2020_SPP_REVISION_V4.pdf)

Cara Permohonan Guru SK dan SJKC 2020 Online

a. Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui laman web rasmi JobsMalaysia https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/. (Calon perlu memilih jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 di dalam portal Jobs Malaysia).

b. Calon yang didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri
bertugas dan selama tempoh kontrak.

Sumber : MOE

Leave a Reply

%d bloggers like this: