Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri 2021 (COVID-19). Kini, Malaysia dilanda dengan wabak Coronavirus (COVID-19) yang mengakibatkan rakyat negara itu telah mencatat kematian. Ekoran penularan wabak Covid-19 bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah turut melumpuhkan perniagaan dan kehidupan seharian. Hal ini demikian setelah Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan agar penularan wabak ini dapat dihalang. Berikutan dengan masalah ini kerajaan mengambil langkah inisiatif dan skim bantuan kepada individu-individu yang memerlukan terutamanya golongan B40.

Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri 2021 (COVID-19)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang skim bantuan dan inisiatif daripada kerajaan Persekutuan & Negeri seperti :
Senarai Skim Bantuan & Inisiatif Kerajaan Persekutuan
A. Bantuan RM600 Bagi Pekerja Yang Terpaksa Cuti Tanpa Gaji
Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan layak diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan pekerja berpendapatan RM4,000 susulan penularan wabak Covid-19. Bantuan ini maksimum selama enam bulan.
Sila Klik 👉 Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO
B. Bantuan Kepada B40 Yang Menerima BSH
Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 fasa 2 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 telah diawalkan bayaran pada 16 Mac 2020.
C. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 6 Bulan
Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam membabitkan jumlah kutipan RM375 juta.
D. Diskaun Bil Elektrik 6 Bulan Bermula 1 April
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta.
E. Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank
Maybank, CIMB, Affin Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, Agrobank dan BSN beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.
Sila Klik 👉 Cara Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank
F. Elaun Khas Kepada Petugas Perubatan
RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.
G. Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari NADMA
Bayaran sebanyak RM100 akan diberikan kepada mereka yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.
Sila Klik 👉 Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari NADMA
H. Bayaran Bantuan JKM Kepada 500 Ribu Penerima
Bantuan dengan kos RM150 juta sepatutnya diberikan pada bulan April 2020, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal.
I. Penangguhan Bayaran Pinjaman MARA
MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama tiga bulan. Diskaun khas sewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua.
J. Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari
Kemudahan pengeluaran KWSP di bawah umur 55 tahun boleh keluarkan akaun 2 maksimum RM500 sebulan dalam tempoh selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
K. RM130 Juta Disalurkan Untuk Membantu Peniaga Kecil
Menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu peniaga dan penjaja kecil termasuk bantuan kepada ahli keluarga pesakit dan petugas-petugas kerajaan negeri.
M. RM500 Juta Kepada KKM & Lantikan 2,000 Pekerja Baru
Menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk peruntukan RM100 juta untuk KKM melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak.
Senarai Bantuan Khas Negeri Pulau Pinang
- Bantuan Peniaga Kecil Terjejas Kawalan Covid-19
- Peruntukkan RM2,000 Kepada Waris Pesakit Covid-19 Yang Meninggal Dunia
- Bantuan Segera Kepada Asnaf
- Pengecualian Bayaran Sewa dan Kelonggaran Bayaran Sewa