Syarat Kemasukan UTHM 2023 Lepasan SPM/ STPM

Syarat Kemasukan UTHM 2023 Lepasan SPM/ STPM. Berminat melanjutkan pengajian ke UTHM? Panduan buat pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) tahun 2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UTHM bagi lepasan SPM/ Setaraf boleh dibuat secara online bermula Mac 2022 menerusi laman web rasmi UPU. Permohonan UTHM bagi program Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan Februari/Mac 2022/2023 boleh dibuat terus ke laman portal UTHM.

Syarat Kemasukan UTHM 2023 Lepasan SPM/ STPM

Universiti Tun Hussein Onn atau dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Tun Hussein Onn merupakan salah satu Universiti Awam terbaik di Malaysia. Kampus utamanya di Batu Pahat, Johor. UTHM ditubuhkan pada 27 September 2000, dimana mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains komputer dan teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional.

Syarat Kemasukan UTHM 2023 Lepasan SPM/ STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Tun Hussein Onn termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Am Kemasukan UTHM

Syarat am UTHM adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia

b. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Melayu Kertas Julai dan lulus (Gred E) Sejarah.

Syarat Khas Program Kemasukan Diploma

Syarat khas UTHM mengikut program adalah seperti berikut:

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Elektrik/ Kejuruteraan Mekanikal/ Sains Gunaan

i. Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi yang berkaitan dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat University dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Mata Nilai Himpunan (CPA/PNGK) 2.70.
ii. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat CPA/PNGK di atas tetapi mendapat sekurang-kurangnya CPA/PNGK 2.50 dan
mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya DUA (2) tahun dalam bidang yang berkaitan boleh dipertimbangkan.
iii. Calon yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) pada peringkat MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum penganugerahan.
iv. Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Sarjana Muda Teknologi Maklumat

i. Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Multimedia, Sistem Maklumat, Rangkaian dan Kejuruteraan Komputer) dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Mata Nilai Himpunan (CPA/PNGK) 2.50 dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Politeknik atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dalam pengkhususan yang berkaitan.
ii. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat CPA/PNGK 2.50 tetapi mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya
DUA (2) tahun dalam bidang yang berkaitan boleh dipertimbangkan.
iii. Calon yang memenuhi syarat kelayakan tetapi tidak mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET boleh memohon dan sekiranya terpilih dimestikan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET sebelum penganugerahan.
iv. Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang syarat kemasukan program Diploma, Sarjana Muda, Sarjana (Masters) dan PH.D boleh terus layari https://www.uthm.edu.my/en/join-us/admission/programmes-offered

Untuk keterangan lanjut tentang kemasukan UTHM, sila hubungi ;

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-453 7000
Fax: +607-453 6337
Email: pro@uthm.edu.my
Laman web: https://www.uthm.edu.my/

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan UTHM 2022/23

Leave a Reply