Kenapa Graduan Gagal Temuduga & Cara Mengatasinya. Setiap tahun ribuan graduan akan mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat mengikut bidang pengajian masing-masing. Para graduan akan membuat permohonan kerja kosong dan di antara yang bertuah akan dipanggil ke temuduga. Namun begitu, kebanyakan graduan masa kini gagal menarik hati para panel penemuduga dan sekaligus gagal dalam temuduga. Apakah punca atau kenapa graduan gagal temuduga?

Kenapa Graduan Gagal Temuduga & Cara Mengatasinya
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang punca atau faktor kegagalan graduan mendapat pekerjaan ketika temuduga :
1. Tidak ada persediaan
Anda perlu tahu aktiviti atau jenis perniagaan yang dijalankan bakal majikan anda. Ianya amat penting untuk menunjukkan kesungguhan dan menjadikan anda seorang berpengetahuan. Oleh itu, anda perlu mengkaji selidik serba sedikit latar belakang syarikat anda, produk yang dijual dan lain-lain lagi.
2. Gagal menguasai adab betul berbicara
Selain berkomunikasi, kita juga berkomunikasi dengan bahasa badan. Sebagai contohnya sambil berkomunikasi jangan melakukan tabiat seperti ini iaitu suka menekan penutup pen, menggaru kepala dan menggoyang-goyangkan kaki. Dinasihatkan jaga disiplin anda ketika berkomunikasi dengan panel penemuduga.
3. Kurang pengetahuan am dan kemahiran
Sekiranya anda kurang mahir dan tidak tahu satu benda pun jawatan yang pohon maka lebih baik anda TIDAK memohon jawatan tersebut. Penemuduga sudah pasti menjangkakan kepada anda tidak mampu untuk menjawat jawatan itu dan lebih baik tawarkan kepada yang mahir.
4. Tidak mendengar dengan teliti
Apabila anda berkomunikasi dengan penemuduga perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah peka terhadap soalan yang diutarakan. Sekiranya anda gagal mendengar soalan dengan baik maka jawapan yang diberikan mestilah ‘kelaut’. Oleh itu, berlatihlah dengan kawan untuk mendengar dengan baik.
5. Mengguna bahasa pasar dan tidak formal
Ketika anda berkomunikasi dengan panel jangan lah menggunakan bahasa pasar. Bahasa pasar adalah bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian kita. Dengan penggunaan bahasa pasar mungkin panel penemuduga akan memberi persepsi negatif terhadap calon. Oleh itu, sebaiknya anda perlu menggunakan bahasa formal dan teratur. Secara tak langsung menunjukkan sikap profesionalisme anda untuk menjawat jawatan yang dipohon.
6. Tidak menjaga penampilan
Pakaian satu aspek yang penting bagi calon temuduga. Seseorang calon hendaklah berterampilan unggul, wajah hendaklah ceria dan bersemangat ketika menghadiri temuduga. Dengan penampilan yang kurang menyakinkan dan tidak menyerlah, kelihatan peratusan untuk temuduga sangat rendah.
BACA JUGA : 15 Tips Temuduga Kerja Bagi Fresh Graduate