Contoh Soalan Ujian MEdSI 2024 (Panduan & Format Terkini)

Contoh Soalan Ujian MEdSI 2024 (Panduan & Format Terkini). Bilakah tarikh Ujian MEdSI sesi 2024? Panduan buat calon lepasan STPM/ Setaraf yang ingin menduduki Ujian MEdSI. Untuk makluman, calon boleh membuat semakan panggilan Ujian MEdSI dan Program Temuduga Bukan Pendidikan lepasan STPM/ Setaraf mulai bulan Mei 2020. Manakala, Ujian MEdSI akan dijalankan pada pertengahan bulan Mei 2020. Berikut adalah panduan dan contoh soalan ujian MEdSI.

Contoh Soalan Ujian MEdSI 2024 (Panduan & Format Terkini)

Malaysian Educators Selection Inventory atau ringkasnya MEdSI adalah merupakan satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik iaitu lebih menguji personaliti diri. Jumlah soalan yang diberikan kepada calon adalah sebanyak 300 soalan dalam masa 1 jam sahaja.

Contoh Soalan Ujian MEdSI 2024 (Panduan & Format Terkini)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian MEdSI termasuk memaparkan format, contoh soalan dan panduan :

Format Ujian MEdSI

Untuk pengetahuan, format soalan MEdSI terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ;

  • Bahagian 1 (personaliti 110 soalan)
  • Bahagian 2 (minat kerjaya 60 soalan)
  • Bahagian 3 (nilai integriti 70 soalan)
  • Bahagian 4 (kecerdasan emosi 60 soalan)

Calon diberikan masa selama 1 jam untuk menjawab 300 soalan keseluruhannya.

Cara Semak Kelayakan Menduduki Ujian MEdSI

1. Bagi calon yang bakal menduduki Ujian MEdSI boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman sesawang www.mpm.edu.my.

2. NAMA TEMPAT untuk menduduki ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan dalam talian (online) melalui laman web www.mohe.gov.my.

3. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 ketika permohonan online dahulu.

6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan masa yang diberikan hanya 1 JAM sahaja.

8. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.

10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang membuat permohonan kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Keputusan UPSI Februari 2023

Contoh Soalan Ujian Medsi Terkini

Panduan dan Contoh Soalan Ujian MEdSI 2018
Panduan dan Contoh Soalan Ujian MEdSI 2018

Nota : Soalan MEdSI di atas adalah sekadar contoh soalan sahaja, bukan soalan bocor atau soalan sebenar.

Tips Menjawab Ujian MEdSI

Antara tips-tips untuk menjawab ujian MEdSI adalah seperti berikut :

a. Calon hendaklah menjawab ujian ini dengan JUJUR agar dapat menggambarkan diri calon yang sebenar.

b. Sila bersedia mental sebelum menjawab soalan.

c. Anda mempunyai masa selama 45 untuk menjawab semua soalan.

d. Sila jangan panik sekiranya berlaku masalah teknikal.

e. Jawapan pertama yang terlintas di fikiran adalah jawapan yang terbaik.

BACA JUGA: Semakan Ujian MEdSI dan Temuduga UPSI

Leave a Reply