e-Lembaga Peperiksaan Malaysia: Semakan Keputusan Dan Permohonan Sijil PMR/SPM/STAM Online

e-Lembaga Peperiksaan Malaysia: Semakan Keputusan Dan Permohonan Sijil PMR/SPM/STAM Online. Nak semak keputusan atau mohon salinan sijil peperiksaan? Panduan buat pelajar yang kehilangan sijil peperiksaan PMR/SRP, SPM, STAM, SVM, SPMU, MPV dan MCE. Untuk makluman, kini Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membangunkan satu sistem online iaitu e-Lembaga Peperiksaan Malaysia yang dapat memudahkan pelajar menyemak keputusan atau mohon salinan sijil peperiksaan yang hilang/ rosak secara dalam talian sahaja. Pemohon juga walk in di kaunter Lembaga Peperiksaan tetapi tempoh pengeluaran salinan adalah berbeza.

e-Lembaga Peperiksaan Malaysia: Semakan Keputusan Dan Permohonan Sijil PMR/SPM/STAM Online

e-Lembaga Peperiksaan Malaysia: Semakan Keputusan Dan Permohonan Sijil PMR/SPM/STAM Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang aplikasi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia termasuk memaparkan senarai perkhidmatan, cara daftar dan semakan keputusan atau mohon sijil peperiksaan:

Senarai Perkhidmatan Disediakan Dalam e-Lembaga Peperiksaan Malaysia

a. Semakan Keputusan Peperiksaan

Membolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian LP pada tempoh yang ditetapkan.

b. Perkhidmatan Lembaga Peperiksaan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Permohonan Salinan Keputusan, Permohonan Terjemahan Sijil, Pendaftaran Peperiksaan (Persendirian) dan Permohonan Semak Semula.

Cara Daftar e-Lembaga Peperiksaan Malaysia

1. Untuk pendaftaran akaun sila ke laman web https://elp.moe.gov.my/auth/login

2. Klik pada bahagian Daftar Akaun.

e-Lembaga Peperiksaan Malaysia: Semakan Keputusan Dan Permohonan Sijil PMR/SPM/STAM Online

3. Isikan maklumat yang diperlukan dengan benar.

4. Anda akan menerima notification setelah pendaftaran berjaya.

5. Sila buka emel dan semak link pengesahan pendaftaran pengguna baru.

6. Selesai. Anda boleh log masuk akaun semula dengan menggunakan emel dan kata laluan.

Cara Mohon Salinan Sijil SPM/ PMR/ SRP/ SPMU Yang Hilang

1. Untuk mendapatkan salinan bagi sijil peperiksaan seperti SPM, PMR, SRP dan lain-lain, anda boleh mohon secara online melalui portal ELP https://elp.moe.gov.my/auth/login

2. Anda boleh log masuk bagi yang telah mendaftar akaun.

3. Klik pada ikon Salinan Keputusan.

4. Kemudian, klik pada simbol + untuk mohon salinan sijil.

5. Pilih salinan sijil peperiksaan yang dikehendaki.

6. Klik pada butang cari di bawah.

7. Semak dan sahkan maklumat. Isi maklumat tambahan pada bahagian yang diperlukan.

8. Selepas semak dan isi maklumat, sila proceed untuk proses penghantaran.

9. Klik pada butang mohon dan buat bayaran yang dikenakan.

Nota: Bayaran yang dikenakan setiap tuntutan salinan sijil peperiksaan yang hilang adalah RM30 tidak termasuk kos penghantaran.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

BACA JUGA: Permohonan Semula Sijil MUET Yang Hilang

Leave a Reply