Permohonan Semula Sijil MUET Slip Keputusan Yang Hilang

Permohonan Semula Sijil MUET Slip Keputusan Yang Hilang. Slip keputusan atau Sijil MUET anda hilang? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan semula penyata keputusan MUET untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam. Untuk makluman menerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, anda boleh membuat permohonan kehilangan slip peperiksaan dan sijil MUET dengan mengisi borang permohonan di laman web rasmi MPM.

Permohonan Semula Sijil MUET Slip Keputusan Yang Hilang

Permohonan Semula Sijil MUET Slip Keputusan Yang Hilang

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kehilangan sijil/ penyata keputusan MUET termasuk memaparkan cara dan borang permohonan :

Cara Permohonan Semula Sijil MUET

Salinan Sijil MUET ialah salinan kepada Sijil MUET yang asal. Hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang yang boleh memohon Salinan Sijil MUET.

  1. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil MUET (MPM/S2).
  2. Untuk mendapatkan borang permohonan MUET/S2, sila klik di sini.
  3. Hantar borang permohonan ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM40.00.

Cara Permohonan Penyata Keputusan Peperiksaan MUET

Penyata Keputusan MUET ialah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Penyata Keputusan MUET boleh dipohon oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi.

  1. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan MUET (MPM/S3)
  2. Untuk mendapatkan borang permohonan MUET/S3, sila klik di sini.
  3. Hantar borang permohonan ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM20.00 (permohonan kali pertama), RM30.00 (permohonan kali kedua), dan RM50.00 (permohonan kali ketiga).

Nota : Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.

BACA JUGA : Jadual Peperiksaan MUET 2022

Sumber : MPM

Leave a Reply