Semakan Keputusan UPSR 2018 Online & SMS

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online & SMS. Adakah anda calon Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR tahun 2018. Seperti sedia maklum peperiksaan UPSR 2018 telah berlangsung pada 20 September 2018. Kebiasaannya, keputusan UPSR akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada minggu ketiga bulan November. Tahun lalu, tarikh semakan adalah pada 23 November 2017. Berikut merupakan cara semak keputusan UPSR 2018.

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online & SMS

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara semakan keputusan UPSR 2018 secara online atau menerusi SMS :

● Tarikh Semakan : Akan dikemaskini

● Tahun 2017 : 23 November 2017

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online

Sistem semakan keputusan UPSR secara online akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan dikeluarkan oleh KPM. Link semakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Keputusan UPSR 2018 SMS

Selain online, calon juga boleh menyemak keputusan UPSR 2018 menerusi sistem pesanan ringkas SMS seperti berikut. Perkhidmatan SMS keputusan UPSR 2018 akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan rasmi diumumkan.

● Taipkan : UPSR<jarak>ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888.

● Contoh : UPSR 214561025432 dan SMS ke 15888.

* Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan dikenakan sebanyak RM0.20 tidak termasuk SST.

Mendapatkan Slip Keputusan Penuh UPSR 2018

Calon-calon UPSR boleh dapatkan slip keputusan penuh UPSR 2018 di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Selamat membuat semakan keputusan UPSR 2018 secara online atau menerusi SMS. Semoga anda memperolehi keputusan cemerlang dan memudahkan anda membuat permohonan kemasukan ke SBP atau MRSM bagi Tingkatan Satu.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: