Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2024/2026 Online (Borang)

Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2024/2026 Online (Borang). Berminat melanjutkan pengajian dalam program veterinar? Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Kursus Sijil Veterinar Malaysia tahun 2023/2025. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Sijil Veterinar Malaysia bagi sesi pengajian tahun 2023/2025. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar sehingga tarikh tutup permohonan pada bulan September 2022.

Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2024/2026 Online (Borang)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar Malaysia (SVM) yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak. Pada tahun 2013, kerajaan telah mengiktiraf SVM setaraf dengan Diploma dalam bidang Kesihatan dan Penternakan atau Sains Veterinar daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2024/2026 Online (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kursus Sijil Veterinar Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : sehingga bulan September 2022

Objektif kursus ini diwujudkan untuk menyediakan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas teknikal di peringkat operasi ladang serta pegawai pengembangan barisan hadapan.

Syarat Kelayakan Kursus Sijil Veterinar Malaysia

Antara syarat-syarat kelayakan Kursus Sijil Veterinar Malaysia adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun (Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pegawai kerajaan) semasa permohonan.
  • Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik;
  • Kepujian dalam salah satu pelajaran berikut Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteran Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumah tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat;
  • Berjaya dalam temuduga yang dijalankan;
  • Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan)
  • Sihat tubuh badan.

JANGKAMASA

  • Kursus ini mengambil masa selama dua (2) tahun di mana pelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif.
  • Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut.
  • Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar.

Nota : Tempat penginapan, makan minum dan elaun RM200 sebulan disediakan.

Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2020 /2021 Online (Borang)

Cara Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia Online

a. Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut :

http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560df0db70eb4.pdf

b. Borang yang lengkap boleh dihantar ke alamat berikut :

Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 2, Lot 4G1, Blok Podium, Wisma Tani, No.28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya Malaysia

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan, sila hubungi di talian :

Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Wisma Tani,
Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya

No. Tel: 03 8870 2000
No. Faks: 03 8888 4267

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply